Ramadhan 3 (Nasi Kerabu daging bakar) ~ Nikmat menjadi sang isteri

Alhamdulillah, seronok jadi isteri apabila menunaikan hasrat suami untuk makan nasi kerabu iaitu masak dengan air tangan sendiri.  Masakannya mengambil masa agak panjang tapi apabila makan (untuk 2 hari Ramadhan sahur dan iftar), kepuasan adalah tak terhingga.

Kisahnya apabila aku balik dari opis jam 1 tengahari dan terus ke Utrecht Centraal sebab nak jaga ‘Ain. Almaklum dari pukul 7 pagi di opis buat kerja, dan siap di warning lembut dari supervisor supaya cepat2 publish kerja, maka aku yang ketensenan dan dalam keributan hati nih terus rasa nak tengok anak.

Kemudian aku jumpa hubby yang nak ke masjid solat Jumaat dan terus bawa ‘Ain shopping.  Dapatlah merembat sehelai jeans Esprit yang tengah sale (30% + 10% bonus korting).  Kemudian misi mengambil kunci bilik okti dari Kak Noor yang datang ke Utrecht untuk conference. Dia menyewa bilik Okti untuk 5 hari dan aku yang uruskan pasal biliknya.  Dia akan pulang ke Malaysia dari London.  Katanya tiket murah dari London.

Sudah setel  maka kami terus menuju ke kedai cina membeli barang keperluan. Aku pun teringat hasrat hubby nak makan nasi kerabu daging bakar.  Sebenarnya kami berdua pernah makan nasi kerabu daging bakar yang sedap kat Cameron highland semasa honeymoon pertama.  Penjualnya datang dari Gua musang, Kelantan.  Oleh itu disebabkan amat bernostalgia benar perasaan ini maka aku rasa kenalah masak..

Hampir kesemua bahan ada di rumah kecuali ikan.  ALmaklum bumi Holland nih mana makan ikan sama jenis macam kat Malaysia.  Maka aku rembat je smoked mackerel 2 ekor untuk memudahkan kerja kat pasar petang Utrecht.  Kemudian beli kacang panjang dan taugeh untuk ulam.

Aku pernah buat nasi kerabu nih tapi aku co-chef je, ma aku la chef.  Tapi Dengan ingatan yang makin ciput maka aku search blog yang tulis resepi nasi kerabu.

Nasi Kerabu daging bakar


Nasi

Nasi~ Dimasak dengan sedikit pewarna biru.

Kuah Tumis

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Halia sikit
  • Cili kering (ikut suka, aku letak 5 batang)
  • Santan kotak dalam 3-4 cawan kemudian campur air sikit
  • serai  sebatang dititk
  • lengkuas sikit diketuk
  • asam gelugur dalam 3 keping
  • Gula 1 sudu dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Kisar bawang putih, merah, halia dan lcili kering kesemuanya, kemudian tumis hingga naik minyak
  2. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masukkan serai dan lengkuas.
  3. Selepas santan tadi pecah minyak dan pekat masukkan asam gelugur

Sambal ikan

  • Kelapa parut di goreng hingga garing
  • ikan bakar (aku guna smoked mackerel 1 ekor)
  • bawang merah 4 biji
  • serai
  • Gula keping aka nise keping ore kelate panggil 1 keping dicairkan

Cara-cara

  1. Kelapa parut digoreng atas api perlahan
  2. Mula-mula aku tumbuk bawang merah tapi lambat sengoti, maka aku blender lebihan bawang tu dengan serai
  3. Kemudian isi ikan ditumbuk
  4. Kemudian kelapa parut yang dah siap digoreng ditumbuk hingga lumat (jgn jadi kerisik yer)
  5. Kemudian campurkan isi ikan dan bahan yang diblender. Masa ni aku masukkan garam, blackpepper sikit pahtu sambal oelek.  Kalu takmo, takpe.
  6. Dalam kuali sederhana panas, campurkan campuran ikan + kelapa parut di atas dengan kelapa goreng tumbuk hingga sebati baru masukkan nise keping yang sudah dicairkan.  Masa letak nise nih atas kuali yang sederhana panas supaya nise cair.

Daging bakar

  • 1 batang serai
  • 5-6 ulas Bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Jintan manis
  • kunyit sedikit
  • Kesemua di blender. Garam diletak sebanyak 1/5 dari hasil blender
  • 200g daging dipotong besar-besar tapi nipis sedikit
  • madu 1 ke 2 sudu

Cara-cara

  1. Marinate daging dengan kesemua bahan diatas seeloknya setengah hari atau sehari lagi sedap.  Marinate garam kunyit tu xpayah banyak2, just sesudu ke dua sudu, lebihan bolehlah disimpan.  Marinate 2 jam pun sedap gak
  2. Bakar sekeping besar tu
  3. Agak-agak dalm 20 minit baru masak
  4. Kalau lepas potong nampak merah letak je atas dapur bakar sikit

Ulam, Budu dan keropok

  1. Ulam aku guna kacang panjang, taugeh dan daun salad
  2. Budu tambah sambal dan perahan limau
  3. goreng keropok

Letakkan semuanya macam gambar first, tapi kena gaul kesemuanya termasuk keropok sampai sebati baru makan.  Hasilnya menakjubkan untuk first timer!!! Giler sedap. Makan 2 hari pun masih sedap!!!

Tak caya?


2 responses to “Ramadhan 3 (Nasi Kerabu daging bakar) ~ Nikmat menjadi sang isteri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: