adik buat apa tu???

Napa ni aku tak pat tido.. baru 5 am. Rasa macam ada ikan berenang-renang dalam perut aku. Bila disentuh macam tendangan lembut.. tapi aktif. Bila lama-lama tunggu, aku asyik pulak. Tapi bila hubby aku nak tunggu, adik terus tido dan diam balik.. Nape dikkk???

Ari ni aku alami first pregnancy cramp kat betis. Sakit… Aku rasa ni mesti pasal aku malas nak bangun solat. Huhuu.. Yang peritnya, susah nak tahu postur tido yang sesuai… aku rasa makin stress. Aku jupe misi ari ni, aku naik 2.5kg!!!! Huhuhu… patutlah aku jalan makin slow. Macam penguin pun ada. Letih jangan cakaplah.. Memang patut aku amik keputusan nak duk dekat dengan UPM.

Sebab aku dah 18 minggu (2nd trimester), antara favourite website aku pegi untuk info pasal baby aku adalah..

http://www.babycenter.com/refcap/pregnancy/prenatalhealth/2872.html

ANTARA ISI KANDUNGANNYA

BILA SAYA AKAN MULA MERASAI PERGERAKAN BAYI SAYA??
Anda mungkin takkan merasai tendangan bayi anda sehinggalah antara 16-22 minggu (aku skang 18 minggu), walaupun dia telah mula bergerak pada usia 7 atau 8 minggu dan anda telah menyaksikan aktiviti akrobatiknya semasa di ultrasound.
Ibu yang berpengalaman lebih cenderung mengetahui tendangan lembut lebih awal dari mereka yang baru pertama kali menjadi ibu. Seorang ibu yang telah mengandung sebelum ini boleh membezakan tendangan bayi daripada pergerakan perut yang lain seperti disebabkan oleh gas.
Badan anda juga akan boleh membezakan tendangan sebelah kiri daripada kesakitan kerana lapar.Wanita kurus lebih cenderung merasai pergerakan lebih awal daripada wanita yang lebih gemuk.

APA RASANYA?
Wanita mengatakan rasanya adalah seperti popcorn yang melantun, atau rama-rama terbang atau ikan emas yang berenang. Anda mungkin fikir sentuhan lembut atau gerakan pertamanya sebagai gas atau sakit kerana lapar, tapi anda merasakannya selalu, anda akan mengecam perbezaannya. Anda akan lebih merasai pergerakan awalnya bila anda duduk atau berbaring dengan tenang.

More info, beleklah website tu. Bagus untuk bakal ibu… Bagi aku, setiap hari adalah hari yang penuh dengan penemuan baru….

Ia adalah kurniaan paling berharga bagi aku untuk menjadi seorang ibu. ALHAMDULILLAH… Terima kasih YA ALLAH.


One response to “adik buat apa tu???

  • doBot

    Jangan dijadikan alasan kurniaan Allah itu sebagai alasan untuk kita tidak mahu buat kerja. 🙂 cayukkkk….kerja kuat walaupun kor dah masuk goverment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: