UlangTAHUN ‘KITA’ berTIGA.

ULANGTAHUN PERTAMA ‘kita’ BERTIGA

2 Dec 2007.

2 pagi; Hubby pulang dari Korea. Aku memang tak larat nak drive ke KLIA, jadi aku suruh tunang adikku, Adazi untuk drive ke Petronas Bandar Putra Permai. Hubby cakap, kawan yang pergi Korea tolong hantar sampai situ. Gembira sungguh hati sebab 2 minggu dah berpisah…

8 malam; Aku dan Hubby pergi Mines, aku nak makan Kenny Roger’s. Konon-konon gi dating… Walaupun memang tak larat nak jalan, aku gagahkan juga. Makan pun cukup berselera sampai rasanya tak cukup!

3 Dec 2007.

8 pagi; Aku dan hubby bersarapan di Maulana, seperti biasa 2 keping roti canai biasa dan teh tarik. Hubby janji nak teman ke HUKM, appointment untuk periksa kandungan.

9 pagi; Ultrasound dilakukan pada kandunganku yang kini mencecah 37 minggu. Buat pertama kalinya, aku tahu jantina babyku. “Insyaallah perempuan,” Kata pembantu pegawai perubatan tersebut. Wah.. wah… rupanya salah jangkaan semua orang lain, bahkan aku sendiri mengagak babyku lelaki dengan sifatnya yang ganas asyik menendangku. Tersenyum-senyum aku mengkhabarkan berita tersebut pada hubbyku.

10 pagi; Kami berjumpa dengan doktor. Semua sejarah perubatanku ditanyakan. Doktor memeriksa kandungan dan bertanya, adakah aku ada merasa sakit perut. Aku menggeleng. “Ada contraction ni, kamu tahu tak?” Memang aku tak tahu camana contraction nak beranak lah… aku menggeleng lagi. Bila diperiksa, masih belum ada bukaan serviks. “Saya takut kamu dah nak beranak aje, sebab itu saya check,” kata doktor itu. “Tapi saya jangkakan seminggu lagi kamu beranaklah,” terkejut aku dan hubby mendengar perkhabaran tersebut. Hmmm bukan 21 December ke?

8 malam; Dinner dekat restoran dekat rumah. Aku dan hubby berborak macam-macam. Dia sempat call adiknya dan kami bergurau aku akan beranak minggu ni. Aku sempat habiskan mihun tomyam dengan bestnya. Seronok dating lagi.

4 December

3 pagi; Aku tak dapat pejamkan mata. Rasa gelisah aja, dalam gelap aku berkelip-kelip pandang hubbyku. Dia pun rasa resah tengok aku yang tak dapat tidur. Aku katakan perutku rasa pelik semacam. Aku cakap aku lapar, jadi hubby turun ke dapur untuk buatkan air susu. Aku pergi ke tandas untuk buang air kecil. Tapi aku tersedar ada lendir bercampur darah di baju tidurku buatkan aku rasa pelik dan hairan seketika. Err gitu ke rasa nak beranak? Takdak sakit perut pun… aku terus beritahu hubby ku tentang darah tersebut. Kami saling berpandangan seketika. “misi dan doktor selalu pesan, kalu ada darah mesti gi hospital,” kataku. Hubby terus tanya aku, nak pergi hospital tak? Mula-mula aku rasa tak perlu, tapi sejurus melihat darah dan lendir muncul lagi, terus aku suruh hubby aku bersiap ke HUKM.

3.30pagi; Misi bertanya aku, adakah aku sakit perut. Aku menggeleng lagi. Aku masih sempat bergurau dengan hubby ku yang mengantuk. Aku diperiksa selepas itu. Alat untuk mendengar degupan jantung baby diletakkan atas perutku untuk mengetahui kadar degupan jantung anakku. Misi beritahu bukaan serviks aku 2cm, jadi aku kena tahan dekat ward. Fail appointment pagi tadi pulak masih belum di susun pada tempat sepatutnya, jadi misi tak dapat cari pulak.

5 pagi; Sekali lagi aku dan hubby terpaksa berjauhan. Dia dilarang menunggu aku di wad, jadi aku suruh dia balik tidur. Aku terus tidur sampai 6 pagi sebelum dikejutkan oleh seorang doktor cina yang kiut. Dia bertanya tentang sejarah perubatanku. Kemudian, aku pergi mandi dan sembahyang subuh. Pukul 7, aku makan mee sup dengan penuh selera. Rasa macam okey aja…

7.45 pagi; Rounds diadakan. Bos doktor2 ni mengingatkan aku pada Dr Habibah. Garangnya, soalannya.. huh ingat aku pada rounds masa DVM5 dulu. Aku fikir semua dr tak kira human dan vet memang pikir banyak dan kelam kabut. Aku baru rasa seperti patient kat ward… bezanya aku paham apa diaorang cakap, kucing dan anjing memang tak paham… Bos diaorang tanya aku, sakit perut tak? Aku menggeleng lagi. Diaorang lihat dalam bacaan graf, aku sebenarnya ada contraction! Tapi kenapa aku tak rasa? Mulalah bos diaorang mengamuk cakap takkan nak tunggu aku sakit perut dulu baru nak terkocoh-kocoh check. Dia suruh check air kencing dan check bukaan serviksku lagi. Kalau tak buka lagi serviks, oxytocin akan diberi. Huh? Angguk-angguk je dr tu semua.. eh eh faham ke ek? Kikikikiki….

10.45 pagi; aku ingat diaorang akan check pukul 8.45 pagi, mana tau sekarang baru check dekat bilik pemeriksaan. Serviks ku sudah terbuka 3cm. Tak jadi bagi oxytocin, syukur sangat… tapi Doktor cakap diaorang akan pecahkan ketuban… erk.. bermulalah episod mengerikan. Mula-mula misi cakap labour room penuh, jadi dr cakap tak jadi pecahkan. Aku disuruh pergi kekatil semula. Tetibe misi cakap, ada tempat kat labour room. Jadi Dr pecahkan ketuban. Terasa suam sejurus dipecahkan, baru aku rasa sakit perut. Aku mula menangis. Perlahan-lahan aku ke katil dan menelefon hubby aku suruh datang cepat-cepat sambil menangis. Takut….

11.30 pagi; “Laa.. apa ko wat kat patient ni sapai dia menangis?” tanya misi kat ruang menunggu pada misi yg dok sorong aku. Nampak sangat aku ketakutan. “Bukan aku lah yg takutkan dia, dr kat dalam tu ganas sangat!” Aku kemudian disuruh tukar gaun nak masuk labour room. Misi kasi enema, terkocoh-kocoh aku gi toilet nak buang air besar. Pagi tadi aku dah buang aa.. takdek apa tinggal pun. Contraction mula dirasai. Bila aku terbaring atas katil, bermula lah stage ketakutan kedua… Misi tanya aku, “Nak ambil epidural tak?”. Aku blur-blur… bukannya pertama kali aku dengar pun. “Ntah,” jawab aku. “Nah, baca dulu pasal epidural ni pahtu bagitau saya nak tak.” Aku baca sekali imbas dan kemudian terus cakap okey tanpa pikir panjang pun. Aku pun tahu akibatnya. Misi pelatih pasang indwelling catheter pada tangan kiriku, fuh terernya… sakit gak tapi misi tu lembutnya… Gitu kot rasa patient aku masa aku duk ward dulu… padanlah kucing-kucing ada menjerit takut. Normal saline disambungkan padaku. Alat mendengar degupan jantung anakku diletakkan atas perutku. Kedengaran degupan jantungnya yang buatkan aku rasa lega, hingga saat ini adik masih bernyawa… Tetiba contraction dirasai.. fuh fuh fuh… aku tarik nafas… sakitnyaaaa…. Lepas tu okey balik. Pada masa tu seorang pakar bius datang. Dia suruh aku sain paper consent. Lepas sain aku disuruh duduk tegak atas katil. “Duk tegak-tegak ye puan..” Mula-mula doktor bius letakkan kain hijau dan lepas tu dia sepsis kan area kat tulang belakang aku dan cucuk jarum (aku assume aja) sebab terasa ngilu jap. Pastu tiub yang sangat kecil ditinggalkan untuk dose bius 12ml/jam (kalau tak silap aku dengar). Lepas tu di tape dan aku boleh berbaring. Aku masih sempat merasai beberapa contraction dalam masa 15 minit, perlahan-lahan rasa sakit hilang dan aku mula rileks. Kaki mula rasa kebas dan sejuk. Mata pun rasa ngantuk jee.. Masa tu lah hubby datang jenguk jap. Terasa okey seketika.

3.30 petang; Habis semua umpatan misi-misi tu aku dengar. Nak gelak sekali macam aku ni tak sakit pulak. Yang pasti aku rileks.. Cuma sejuk makin terasa dan rasa macam nak buang air besar. Kaki aku memang kebas sangat-sangat, bila dipegang dengan tangan, masih rasa panas. Misi mula risau dengan degupan jantung baby yang kian tak menentu. “Meh kita check berapa cm dah bukak,” kata seorang misi. Rupanya dah buka 8cm… tinggal 2cm lagi untuk full bukaan. “Puan ada rasa apa? Sakit tak?”. Aku menggeleng untuk sakit tapi aku cakap, rasa nak berak aaa…

3.35 petang; Labour room masih penuh dengan orang yang bukaan 6cm ke atas. Tapi dari jam 11 tadi, tak ada sorang pun tunjuk tanda-tanda nak beranak. Kakak sebelah katil aku pulak masih 3 cm bukaan sejak dari pagi tadi walaupun kami sama-sama masuk ruang menunggu bersama. Dia berpeluh-peluh berbanding aku yang ‘cool’ manjang ni. Mula-mula diaorang nak tolak aku dulu masuk labour room, tapi kakak tu pulak nangis-nangis.. diaorang lepas dia dulu. Aku disuruh duduk mengiring untuk kurangkan rasa nak push. Aku mula terketar-ketar, reaksi awal untuk push. Memang sedih sangat sebab sejuk sangat-sangat disamping rasa takut. Hubby aku yang tengok aku terketar-ketar pun rasa kesian kat aku. Tapi aku sempat gak gelak-gelak… berani tapi takuttt…

3.40 petang; Aku disorong ke labour room. Misi tak kira, janji aku boleh beranak gak sebab aku dah tunjuk yang aku memang nak beranak. Misi kat labour room cakap ruang kosong takdek, menyebabkan aku menangis terisak-isak… Mulalah misi-misi tu cakap gunalah ruang spare yang ada. Dalam kekalutan tu aku ditolak kat mana pun aku tak pasti…

3.45 petang; Bukaan serviks dah full dan aku disuruh meneran. “Puan pegang kaki puan pastu teran sekuat hati okey,” kata misi. Aku teran punyalah lama… sampai penat dan mintak air. Misi bawak air tapi hampeh air suam.. terkejut aku yang minum air tu… Pahtu aku teran dan teran… sampai rasa nak give up.

4.10 petang; Baby keluar gak tapi diam. Hubby aku pun rasa pelik. Misi tunjukkan baby girl padaku. Tak lama lepas tu jeritan baby aku lah yang paling kuat sapai ada misi tertanya-tanya, anak siapa tu. Malu jap…

4.30 petang; Aku diberikan air milo dan sandwich. Baby pun dibawa padaku. Aku sedut habis-habis air milo, tapi tetiba rasa macam nak muntah. Memang aku muntah, itu reaksi untuk epidural.

5.00 petang; aku ditolak ke katil. Baby pun ada. Hubby azan dan iqamat dia. Terasa bahagia jadi ibu. Hadiah ulangtahun perkahwinan sayang pada abang…

9 December

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERTAMA PERKAHWINAN KITA, ABANG…

Advertisements

5 responses to “UlangTAHUN ‘KITA’ berTIGA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: