The best for my ‘Ain

Sudah hampir 4 bulan umur ‘Ain.  ‘Ain sudah mula pandai senyum, sudah reti ketawa bila digeletek, buatkan aku dan hubby rasa lebih geram pada ‘Ain.  Aku masih breast feed ‘Ain, rasanya tak mungkin akan berhenti dan akan teruskan… Sementelah bila aku dan hubby dapat tahu harga susu adalah RM50 ++ tin besar dan tahan selama seminggu sahaja.

Untuk ibu yang tak biasa breast feed, mungkin pelik untuk cuba breastfeed terutama dengan faktor kerjaya yang masanya tak menentu.  Aku bernasib baik kerja 8pg-5ptg aja dan 5 hari seminggu.  Tapi apapun, aku selalu yakin tiada apa yang mustahil dalam dunia ini ditambah nawaitu ku yang begitu mahu menyusukan anak. Dengan kecanggihan spectra 3 yang aku beli dengan harga RM350.00, aku telah bulatkan hati untuk teruskan misi aku.  Walaupun ibu aku tak percaya aku boleh susukan anak sendiri, dengan positifnya aku tekadkan hati aku bahawa Allah mesti cukupkan susu aku untuk ‘Ain.  Alhamdulillah, itu yang dipinta itu yang didapati.

Perkara kedua aku beli adalah botol susu.  Agak banyak juga koleksi botol susu tanpa PBA dibeli supaya boleh simpan susu.  Kemudian aku beralih pada playtex plastic yang boleh menyimpan susu dan lebih steril.  AKu sudah aturkan untuk menyimpan susu beku menggunakan plastik tersebut terutama pada hujung minggu dan cuti.  Aku habiskan RM100 untuk 25 botol susu 5 oz dan RM32.00 untuk 100pcs 4oz playtex plastik.

Perkara ketiga aku fikirkan adalah jadual makan minum dan pemakanan aku yang mesti seimbang.  Aku ikut nasihat kakak aku supaya makan supplement (Pharmaton) agar tubuh yang kehilangan macam-macam boleh dibaiki.  Tambahan aku akan menyusu, memang banyak kalori yang diperlukan.  Aku wajib makan pagi, tengahari dan malam.  Kebiasaan aku mesti tambah dan berebut makanan ngan hubby aku… Aku mesti minum air masak banyak-banyak dan aku juga amalkan minum susu Anmum breast feeding mum.  Biasanya dalam 2 bulan baru habis susu tin besar tu.  Amalkan juga makan epal sebab lebh banyak susu dihasilkan.

Perkara paling penting adalah mengajar ‘Ain minum susu ibu dari botol susu.  Sebelum itu, untuk hasilkan susu yang cukup aku dapat tahu mesti ada jadual untuk perah susu dan cara supaya susu banyak dihasilkan.  Biasanya jadual perah susu aku adalah 4 kali sehari; pagi, tengahari lepas makan, petang lepas susukan ‘Ain dan malam sebelum tidur dan lepas susukan ‘Ain malah walaupun cuti, itu tetap rutin aku.  Kebiasaannya susu memang paling banyak dihasilkan pada waktu pagi sebab hormon prolaktin banyak waktu malam. Aku pernah berjaya dapatkan sehingga 12oz (approx 400ml++) pada waktu pagi dalam masa 20 minit.  Itupun perlu ada gap selepas 5-7 minit selepas perah dan rehat. Kemudian lepas 5 minit perah kembali agar lebih banyak susu dihasilkan.  Apabila ikut jadual yang dibuat automatik badan akan hasilkan lebih banyak susu ikut demand sebab oxytocin hormon yang kawal semua ni.  Jadi dengan stimulation yang betul, insyaallah berjaya.

Untuk ajar ‘Ain minum guna botol, aku dah berikan air zam-zam dalam botol sejak ‘Ain umur 5 hari.  Kemudian, aku berikan ‘Ain susu ibu dalam botol dan memang berguna sebab aku pernah demam dan tak larat nak jaga ‘Ain tapi aku perah susu dan berikan pada mak aku.  Alhamdulillah, ‘Ain memang baik aja.  Bahkan tak pernah hadapi sakit perut dan berak keras.  Najisnya pun langsung tak berbau menandakan semuanya dihadam dengan baik.  Jarang juga aku dan suami ngantuk masa kerja sebab pada malam hari ‘Ain akan tidur dengan nyenyaknya hingga jam 4-5 pagi itupun tak pernah berjaga lama.  Selain itu, untuk manage susu itu tak sesusah yang disangka.  Sekarang aku pastikan susu yang diberi kepada pengasuh adalah 7 botol berisi 4oz susu, dan insyaallah tahan dari 8.30 pagi hingga 6 petang.  Aku juga tinggalkan 2 plastik 4 oz susu dalam bentuk susu beku sekiranya susu cair tak cukup.

Untuk bergerak ke mana-mana memang sukar bila breast feed tapi aku selalu pastikan ‘Ain diberikan susu kenyang-kenyang di dalam kereta yang boleh tahan sehingga 2 jam, cukup untuk hadiri majlis kahwin, membeli-belah dan makan2 di luar.  Aku paling suka ke JUSCO sebab suraunya besar atau ke bahagian solekan dalam toilet untuk menyusu.  Aku pernah bawa bekal susu dalam botol semasa reunion sekolah di MINES dan Putrajaya.  Tricknya; bekas tahan suhu untuk botol susu yang mempunyai 2 ruang.  Pastikan susu itu disejukkan dahulu dan diletakkan pada 1 ruang, kemudian pada ruang disebelah letakkan air panas.  Apabila nak digunakan, celupkan susu tadi dalam air panas yang sudah suam suhunya. Insyaallah boleh terus diminum.  Senang bukan?

Alangkah beruntungnya ibu yang berupaya susukan anak sendiri.  Setiap titik susu ibu adalah pahala, bahkan penghubung ikatan kasih sayang ibu dan anak.  Dengan niat yang ikhlas, tiada apa yang mustahil.  Aku masih berusaha tambahkan ilmu mengenai penyusuan ibu dan berharap akan sentiasa dapat lakukan nya pada setiap anak ku.  Untuk ‘Ain, ini hadiah pertama mama buatmu.  Untuk hubby, terima kasih sentiasa menyokong sayang….


3 responses to “The best for my ‘Ain

  • iZYaNi

    keep it up hommie..
    i am pretty sure dat ain will really appreciate her mama very much
    keep on blogging dear!

  • hah

    mekasih yani..aku tak penah baca yg ni. Memang byk info baru dan sgt berguna. Kat ofis aku ni tader yg buat camni. Azam mesti kuat kan…
    Nak tanya set spectra 3 yg mu beli tu…pump manual ke yg electronic? senang tak nak guna?
    Okeh.Tq ya.

  • yani

    kalu bajet byk leh le beli yg mahal. Budget aku sikit, tapi alhamdulillah spectra mmg best lah, xmngecewakan. Pam electric. Aku rasa mesti beli juga pam manual sbb kalu nk g travel tempat xdek elctric supply, atleast pump manual leh bantu.

    Pam tu memang senang nk guna, even akak aku ckp worth it la.. brg alat ganti senang nk cari, dlm internet jual. Aku g beli kat area tmn equine, order dlm internet pahtu pick up sendiri. Untuk semua alat kelengkapan (Pam+botol susu etc yg berkaitan aku spent RM800) jadi aku memang simpan duit utk beli tu. Sbb tu beranak kat HUKM, jimat kos sbb nk beli pam. Lagipun aku guna byk kali sehari, buat jadual nk pam, especially sbb kita travel nk antar anak, nk g keje so byk perkara kene fikir. Pam electric paling cepat, tapi pam manual leh bantu in case emergency sbb mesti pam hari2 sbb supply mesti hari2. Insyaallah, boleh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: