Masak senang tak?

Ermmm… agaknye sepanjang aku menulis biasanya
mesti bab hal-ehwal aku sendiri.  Walaupun takdek lah terror benor tapi
aku rasa boleh di aplikasikan bagi orang lain semampunya… Entry lepas aku
cerita bab menyusukan ‘ain, kali ni bagaimana nak jadi isteri + ibu bijak…
ini sebenarnya cemana nak meng’ ORGANIZE’ kan dapur dengan cara paling ringkas,
simple tapi tak memenatkan.

Bila bekerjaya, biasanya itu tiket untuk tak masak.  Eheemmm ini memang
biasa lah di mana-mana umah di seluruh Malaysia bila dah tak sempat.  Tapi
hobi aku ialah masak + makan di rumah, mesti makan nasi di tambah mesti makan
breakfast, lunch, dinner pendek kata complete lah.  Sepanjang usia
perkahwinan yang dah menjangkau setahun lebih ni, aku akan masak walaupun masa
mengandung (dari 2 bulan sapai nak beranak) dan lepas pantang sampailah
sekarang. Alhamdulillah, mesti aim untuk masak pada hubby , iyalah takkan masa
ngorat aja masak lepas kawen makan kedai aja…  Disebabkan hobiku yang
teramat sangat dalam bidang masak2 ini walaupun aku ni taklah mahir sgt masak
(cekodok tak reti sbb tak suka okey) maka aku tuliskan beberapa tips yang
mungkin berguna bagi bakal-bakal isteri especially kengkawan aku yang nak
kawen, dah kawen atau yang nak cuba masak hari2 di rumah. Tapi pastikan suami jenis
tak fussy (contohnya tak kisah simple macam hubby aku ni- janji kenyaaang)…
Kalau kena suami macam abang kandungku alamat makan tempat sedap leeee
(kedaiii).  Ohhh… usaha tangga kejayaan jadi keep on trying sebab aku
mencuba tanpa putus asa untuk menguasai mende ni, walaupun penat asalkan ada
fokus mesti berjaya.

Okey, tips pertama; invest on microwave. Paling murah pun RM110.00 jenama
Pensonic kat umah aku tu memang sangat berguna SEBAB: boleh guna untuk defrost
daging, ayam dll yang beku KECUALI SUSU IBU.  Defrost ambil masa 5 minit
jadi save masa sediakan bahan mentah.  Tak perlu rendam dalam air
berjam-jam. Paling berguna di bulan
puasa sebab boleh panaskan lauk-pauk sekejap aja.  Simpan lauk dalam
pinggan mangkuk tahan microwave (murah aja jenama CLAYTON RM30 satu set) dan
panaskan aja besoknya.

Tips kedua; pastikan bahan mentah di susun atur
siap-siap sebelum masuk peti ais. Every
weekend, aku mesti beli lauk; ikan, udang, ayam dan macam2 untuk disimpan.
Paling bagus kalau kedai boleh siangkan jadi taklah banyak masa habes siang
sendiri. Beli plastik kecil yang boleh
muat ayam 2-3 ketul jadi isikan setiap plastic agak2 untuk sekali makan. Pastikan bahan mentah tu dicuci elok2 nanti
nak guna taklah terkial-kial nak cuci lebih2. Koyak kulit bawang (biasa bawang putih dan merah dalam 10 ulas pun okey)
letak dalam bekas plastic contoh bekas dadih tuuu dan masukkan minyak masak sedikit. Goncang!
Ni petua Martha Stewart tau.. 1 minggu mesti okey punyalah… Pastu pasal sayur
beli macam2 jenis sayur, potong siap-siap dan letak dalam plastik berasingan. Semua tu letak dalam peti ais. Nak guna baru ambil sikit2 dah jadi sayyur
campur! Ini plak petua mak mertua aku. Kalau nak cepat goreng nasi, beli aja
perencah tambahkan dengan lada kisar, mesti cepat punya siap!

Tips ketiga; Belajar resipi sedap dan senang dibuat.
Tahu tak untuk membuatkan ayam goreng dan ikan goreng sedap hanya perlu tumbuk
bawang putih+halia+kunyit+garam dan simpan dalam satu bekas. Buat banyak2 dan setiap kali nak goreng ayam
ke ikan ke guna aja garam kunyit tadi. Mesti sedap punyalah… Ini resepi mak aku. Mak mertua aku lak mesti masukkan ayam atau
daging dalam garam kunyit baru masukkan dalam peti ais, nak makan terus masak aja. Kalau potong daging besar2 dan goreng,
kemudian lepas tu baru potong, memang sedapppp….

Tip keempat; berapa banyak nak masak? Ermm bila dah lama2 masak dgn sendiri akan
tahu berapa banyak nak masak tapi jangan banyak, kalu boleh makan untuk dua
kali kira cun lee… atau satu hari satu masakan. Asingkan siap2 yang lebih agar tetap fresh walaupun dalam peti sejuk
selama sehari. Guna lah microwave untuk
panaskan ikan goreng ke, ayam goreng ke..

Tip kelima; invest pada buku masakan contoh
RASA. Aku ada beberapa buku masakan
kesayangan, mesti cuba yang senang dan pastikan resepi tu sedap barulah boleh
diguna banyak kali. Jadi lama-lama mesti
macam-macam reti dimasak dan lebih cepat.  Contoh yang sedap macam ketam masak kari, daging
masak kicap, ayam masak pedas, sup ikan merah, sup ayam, sambal tumis telur itu
semua kejap aja buat janji bahan mentah ready dah!

Tip keenam; Sentiasa timing masa kita memasak. Pastikan kita lebih cekap setiap kali, kalu
dah tahu cara, mesti cepat punyalah! Pastikan
setiap periuk belanga diguna dibasuh terus walaupun tgh goreng ikan jadi anda
lebih efisyen. Kepada suami-suami
sentiasa menyokong isteri yang nak berjinak dengan masak2 kat rumah… kita gak
yang kenyang!! SELAMAT MENCUBA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: