Makanan Kegemaran Ain

Ain sudah berumur 8 bulan hari ini.  Sudah 2 bulan Ain makan makanan pepejal.  Aku selalu kesian kalau Ain kena makan nestum, jadi aku menggunakan kepakaran aku yang suka memasak… mencipta resepi khas untuk Ain.  Puas hati apabila Ain makan banyak-banyak sapai gemuk-gemuk…

Seperti biasa, microwave menjadi perkara penting untuk menjayakan program pemakanan Ain.  Aku blender beras supaya jadi halus dan simpan dalam tupperware.  Kalau nak lagi senang, tambah air dalam nasi dan masak dalam periuk.  Perkara lain yang wajib juga, penapis berbentuk bulat yang muat-muat pada bekas plastik, bertujuan untuk menapis dengan cepat dan tepat.  Blender phillips adalah favourite aku sebab blender kecil tu boleh blend bahan basah.

Ingat, baby sebelum 1 tahun tidak digalakkan makan makanan bergaram, bergula sebab kidney baby tak berapa efisyen nak singkir mende2 tu.  Jadi penting sediakan makanan sihat, pemberi tenaga dan mudah dihidangkan.

Resepi  1

  • Beras diblender dan dimasak

Bahan di bawah di kisar dan dicampur pada nasi bubur

  • sedikit daun sup
  • setengah batang carrot
  • bawang putih diketuk

Tapis dengan penapis.  Simpan dalam peti ais lebihan.

Resepi 2

  • Beras diblender dan dimasak
  • Setengah epal dibuang kulit dan dipotong kecil, dimasak bersama nasi bubur
  • Selepas masak, tapiskan
  • simpan lebihan dalam peti ais

Resepi 3

  • Beras diblender dan dimasak
  • masukkan prune ke dalam nasi bubur
  • tapis, lebihan dimasukkan ke dalam peti ais

Resepi 4

  • Ubi kentang di potong 4
  • Didihkan dalam air hingga masak
  • Tapiskan, boleh dicampur dengan nasi bubur tapis atau dimakan terus

Resepi 5

  • Beras di blender di masak
  • campurkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • blender ayam, carrot dn daun sup
  • masukkan dalam bubur nasi
  • selepas masak, tapiskan
  • simpan lebihan dalam peti ais

Resepi 6

  • Beras diblender dimasak
  • blender tomato yang dibuang isi
  • campur dalam nasi bubur yang dimasak
  • tapis dan simpan dalam peti ais lebihannya

Itu sahaja… Selamat mencuba!


2 responses to “Makanan Kegemaran Ain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: