HARI SUSU IBU 2008

Salam sejahtera diucapkan.

Terima kasih kerana kekal sebagai ahli portal SusuIbu.Com.

Bagi pihak SusuIbu.com, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia! Sehubungan dengan itu, saya ingin memaklumkan semua, SusuIbu.com akan mengadakan Hari SusuIbu bersempena  Sambutan Penyusuan Susuibu Sedunia Peringkat Bandar Baru Bangi. Program ini adalah anjuran bersama SusuIbu.com dan Majlis Perbandaran Kajang.

Berikut adalah program yang telah diatur pada hari tersebut:

8:30 – 9:00     :    Peserta mula berkumpul

9:00 – 10:00    :    Majlis Perasmian Ucapan Aluan – Pengasas SusuIbu.com

Ucapan Perasmian
Pelancaran Laman Web Generasi Baru SusuIbu.com
Lawatan Pameran Poster SusuIbu.com

10:00 – 10:30    :    Ceramah 1: Benarkah Susu Ibu Bertoksik? Penceramah – Puan Rita Rahayu

10:30 – 10:45    :    Rehat – Pop Kuiz

10:45 – 11:15    :    Ceramah 2: Ibu Boleh Menyusu Walaupun … (Cabaran ibu menyusu) Penceramah – Dr Nazatul Shiha

Pertunjukan Bakat Anak-anak Menyusu

11:15 – 11:45    :    Berceritalah Anakku

11:45 – 12:15    :    Anakku Pandai Menyanyi

12:15 – 12:45    :    Sketsa anak-anak SusuIbu

12:45 – 1:15    :    Majlis Penyampaian Hadiah

Seiringan dengan program yang berlangsung di atas, kami juga telah mengatur beberapa aktiviti yang akan dijalankan serentak seperti berikut:


Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 4 – 12 tahun

– Demonstrasi Urutan Bayi

– Kaunseling Penyusuan Susu Ibu
– Kaunseling Pemakanan Anak-anak

Sehubungan dengan itu, saya menyeru ahli SusuIbu.com yang berada berdekatan untuk sama-sama memeriahkan majlis pada hari tersebut. Kepada yang berminat untuk menyertai acara pertunjukan bakat anak-anak, sila hubungi saya dengan kadar segera di kamariah@susuibu.com dan nyatakan bentuk persembahan yang akan dibuat.

Bagi pertandingan mewarna, pendaftaran akan dibuka pada hari tersebut.

Akhir kata, saya dahului dengan ucapan terima kasih atas sokongan yang telah dan bakal diberikan.

Selamat Menyambut Hari Susu Ibu!

————————————————————————————————
P/S;  Anda boleh lawati laman web http://www.susuibu.com atau http://www.momslittleones.com untuk membaca perihal penyusuan susu ibu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: