HIngga titisan terakhir..

Sudah sampai di Bumi Belanda.

Sedar tak sedar hari ini sudah 3 september, 2008.  Aku sahur di rumah kak syahira di androsdreef, Utrecht.  Dulu asyik telefon, sekarang di depan mata.

30 Ogos, 2008.

Aku susukan ‘Ain dalam kereta.  Inilah pertama kali ‘Ain tak duduk dalam carseat, sebab aku asyik pegang dia, peluk cium dia.

Mak mertua sesat semasa nak ke KLIA. Dia menuju ke KL.  Jadi hanya sempat telefon untuk minta maaf semasa aku nak boarding.

Aku sampai dan beratur panjang untuk check in.  Berat betul beg aku, terus keluarkan barang tak perlu… Itupun masih kena bayar.

Terus boarding sebab masa tak cukup.  Tak puas peluk ‘Ain.  Sedih sangat sebab ‘Ain gelak tengok aku, tak tahu aku akan tinggalkan dia.  Mak aku nangis teruk sambil peluk aku.  Tak tahu bila akan jumpa lagi.  Suami aku terdiam bila aku peluk dia, tak tahu nak buat reaksi macam mana…

sepanjang dalam flight ke Amsterdam aku menangis.

31 Ogos, 2008

…sms 07:03:01 pm dari Malaysia “Ain semalam masa dia nak tido, dia tak nak minum susu guna botol. Lepas kak tie breastfeed.  Pahtu pukul 4 lebih, dia nangis.  Kak Ti bagi breastfeed, tapi dia tetap nangis. Pahtu abang dukung dia jap, dia diam sekejap, pahtu nangis lagi.  Abang pun bagi susu botol sayang punya, dia terus minum sampai habis. Kemudian dia main dan tido. Abang rasa dia teringat kat sayang sebab tu dia nangis.  Pahtu abang rasa susu Kak Ti tak cukup, sebab tu dia nangis. Abang pun nangis jugak tengok ‘Ain macam tu…”

“…..”

aku call suami dan ‘Ain.

R.I.N.D.U


7 responses to “HIngga titisan terakhir..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: