Dank u wel!!!!

Hari ini 18-09-2008. Masuk 18 hari Ramadhan. 18 hari aku di Amsterdamsestraatweg 488, 3553 EM, Utrecht, The Netherlands. Nama aku dah jadi N.B. Mohd Nor. Panggilan rasmi Mohd Nor, sila baca secara baku. Dan sah aku ada nombor pelajar, 3380793.

Aku masih belum percaya aku berjaya harungi Ramadhan dengan jayanya, walaupun ada hari aku tak sahur (sejuk sangat). Kesibukan menjalani hidup sebagai pelajar pasca siswazah menyebabkan aku sedikit sebanyak mampu melupakan kesedihan. Balik rumah baru fikir kalau otak tak penat dah.

Kenderaan aku dekat sini ada dua, bas dan basikal. Itu lah Belanda. Jumlah basikal lebih banyak berbanding penduduknya. Ia adalah tradisi orang Belanda, naik basikal ke mana sahaja, dan ini pun jadi kegiatan baru aku walaupun sejak akhir-akhir ni aku senang naik bas aja. Itu pun sebab aku ada pas bas. Boleh pusing banyak kali guna bas, ke mana aja, di mana aja. Aku beli basikal (harta termahal pernah aku beli disini- Eur149) pada 31 Ogos, 2008. Mangga basikal adalah harta kedua wajib dibeli kalau ada basikal, Eur9. Walaupun merindui kunci kenari aku, tapi sekurang-kurangnya kunci ini ada lampu suluh kalau-kalau malam tak napak mana lubang kunci basikal. Uhuhuhu.. Tapi aku masih malas nak ambil basikal aku yang sebenarnya masih di Androsdreef. Malas nak mengayuh la.

Rumah sewa aku berada agak jauh dari universiti, tapi lebih kurang 2 minit dari rumah Gaya. Cuma belum sampai masa aja nak bertandang. Hampir 2 minggu masa yang tuan rumah aku (nama En eilandeer) ambil untuk siapkan rumah ini itupun selepas aku tempelak dia sikit. En Eilandeer ni pelik sikit, mungkin sebab dia duda kot jadi dia macam jenis tak boleh nak fokus apa nak disiapkan. Terpaksalah aku dan teman serumah aku cakap kepada dia apa yang tak cukup di rumah tu. Ohh.. Ana teman serumah aku. Selain Nirmala yang akan tiba 19-08-2008. Alhamdulillah, minggu lepas, aku berjaya angkut 2 tikar getah bersaiz 4×3 meter, dengan berjalan kaki bersama kak syahira sejauh 200m dalam hujan renyai-renyai. Inilah kesedihan kami di sini, tidak boleh bawa kereta (lesen tak laku) jadi kena guna kudrat sendiri. Sakit badan woooo lepas tu.

Cerita mengenai Msc Epidemiology. Msc Epidemiology adalah anjuran Julius Center, University Medisch Center, Utrecht. Oleh kerana bergabung diantara Fakulti Perubatan dan Fakulti Perubatan Veterinar, jumlah pelajar agak ramai, meliputi doktor, doktor veterinar, ahli farmasi, jururawat dan sebagainya. Ini sebelum ada kelas pengkhususan. Kelas aku memang padat. Mula jam 10-1 tengahari kemudian petang 2-5 petang. 2 minggu pertama ‘Introduction to Epidemiology”. Aku banyak tertidur pada minggu ke-2 sebab banyak perkara belum selesai pada waktu lewat malam menyebabkan aku tak tidur malam. Tapi akhirnya aku berjaya siapkan kerja sekolah aku, lega rasanya. Yang paling menarik, setiap kuliah pada 2 minggu pertama, dirakam dan diupload ke internet. Jadi kalau terlentok masa kuliah, boleh masuk website Msc Epidemiology and tengok semula rakaman itu. Canggih bukan? Aku rasa ada banyak sangat yang aku tidur, jadi kebarangkalian nak tengok balik sangat tipis.. huhu.. Cabaran minggu ke-3 ‘Introduction to statistic’ adalah belajar matematik (Kebarangkalian, SPSS, R programming). Aku pun banyak tertidur bila sampai bab pengiraan matematik tu, cuba juga tahan tapi aku tertewas. Sikit-sikit aku cuba nak faham, nasible cik dah ada… boleh tumpang sekaki kalu tak faham.

Minggu seterusnya akan lagi mencabar bila masuk “Study design” sebab ada exam dan kredit dia besar betul. Kepada yang faham maksud cohort, cross sectional study, beta akan belajar mende tu lah secara terperinci. Pada masa inilah akan bincang study desing bersama supervisor. Akan lebh sibuk, mesti hargai waktu belum sibuk dengan tidur…. Sedapnya.

Satu lagi, orang belanda bangga dengan bahasanya. Namun mereka masih boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Jadi, hargai bahasa kita. Aku belajar itu di sini… Bahasa itu identiti kita. Bangga jadi anak Malaysia! MERDEKA!

Salam manis. Yaniey. Utrecht, The Netherlands.


3 responses to “Dank u wel!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: