‘Aidilfitri ; Ucapan Khas buat kamu’

Suamiku,

“Maaf tahun ini dinda tak dapat menyusun jari memohon kemaafan darimu. Mungkin kita boleh ber’skype’ di pagi raya…

Sayang mahu abang tahu, setiap detik kita lalui bersama adalah yang terindah. Jangan pernah berhenti menyintai diri ini. Terima kasih bersabar dan menjaga makan minum ‘Ain sepanjang sayang tiada. Sayang amat menghargainya!

Doakan semoga kita cepat bersatu semula.”

Ma dan Abah,

“Tahun ini anakanda tiada di rumah buat pertama kalinya. Sayu di hati kerana merindui nasi dagang, nasi impit, ayam percik dan hilai tawa keluarga di rumah. Anakanda akan usaha agar cita-cita menghabiskan pengajian tercapai dan kita akan bertemu kembali.

Anakanda memang anak nakal dan selalu menangis. Tapi itulah yang buatkan ma dan abah tabah menjaga dan memahami anakanda. Terima kasih menjaga dan memahami ‘Ain juga. Itulah kasih sayang yang anakanda sangat hargai…”

‘Ain

“Mama tahu ‘Ain tak pandai baca blog lagi. Tapi mama nak ‘Ain tahu, mama selalu ingat ‘Ain dan rindu pada ‘Ain. Mama kan dah beli baju raya ‘Ain hari tu. Cantik tak? Ayah cakap, ‘Ain makin nakal dan suka merajuk. Janganlah gitu, kesian ayah, Tok ma dan Tok wan.

Tahun lepas ‘Ain masih dalam kandungan mama, tapi untuk tahun pertama kita beraya ‘Ain temankan ayah ye… Mama janji nanti mama bagi ‘Ain makan makanan kegemaran ‘Ain bila kita jumpa lagi. Mama akan masak sedap-sedap dan teman ain makan sampai ‘Ain kenyang.

Peluk cium dari mama untuk ‘Ain. Mama sayang ‘Ain.”

Keluargaku

“Mohon maaf dipinta dari perantauan.

Buat keluarga mertua; Jangan bimbang tentang Yani. Sedih sangat tak dapat jumpa di airport. Tapi tak mengapa, kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Mohon maaf dari anakanda di perantauan. Terima kasih atas segalanya.

Buat Kak Ina, aku akan berusaha untuk tidak menyepahkan bilik, tak makan junk food dan juga rajin belajar.

Buat Pizah, tahniah mengandung. Kalu anak macam Bi Rain, ok lah tu. Makanlah apapun, janji halal. Buat Adazi juga, ingat tak masa duk UPM dulu, kita bertiga buka puasa dekat tasik. Akhirnya jadi adik ipar aku juga…

Buat Achik, harap raya tahun ni balik Kelantan lagi. Jangan bimbang, semua kat sini ok.”

Sahabat, teman, rakan-taulan

“Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Terima kasih kerana selalu mnyokong, membantu dan menghargai persahabatan ini. Insyaallah, panjang umur, murah rezeki kita akan bertemu kembali.

Fakulti Perubatan Veterinar ; Ketua jabatan paling best-Dr zuki, kawan-kawan seperjuangan; syahar (Thanks friend- appreciate your comment!), hamka, ayuz, ; Dr Khor, Dr Sharifah, Farina, Gaya, Puteri (Thanks guys for the support)

Utrecht 2008; Kak syahira (Thanks masak sedap!), Cik Dah & Ayu (Thanks menjadi penghibur), Student Indonesia – Nia, Riris, Andro, Andre, Kunchoro

Bebudak DVM 2006; Ina (ko buat je public helath kat UM!!!), Ekin (aku memang sadis, cuma belajar menjadi tabah), zue (hargai masa bersama suami!), Ijad (tiap kita berbeza pengalaman, namun akhirnya kembali mensyukuri apa yang kita ada sekarang!), Dobot (jaga bini bebaik), Apat (sabar ye.. raya dah nak menjelma; boleh la balik)

Bebudak Matrikulasi Melaka; Cik Sab (jangan nangis naa… ), Pah (aku tak sempat nak kasi tau ko aku nak pergi, jangan le marah), Ain (selamat hari raya)

Bebudak SKMH; Arab Sc; Aiman (Thanks, I am getting better now), Mek Hah (Aku menulis bukan kerana nama… hanya untuk baby!), Faiz&Nik (happy for both of you!) Aspuri Dorm C- Sya, Kak Riena, Mek Ana (jaga baby bebaik; thanks), Mek Na, Mek Nora (jaga umi& baby bebaik), Kak Yani ;(last reunion aku rasa happy jupe semua!)

Bebudak SKPN; Jie (Tahun ni aku dok kelik, kirim salam ko kelate deh)

Maaf buat yang tidak disebutkan… Salam manis&sayang; Utrecht, The Netherlands.

Selamat hari raya ‘aidilfitri, Maaf, Zahir dan Batin!”

R.i.a.n.i.&R.i.d.z.u.a.n


9 responses to “‘Aidilfitri ; Ucapan Khas buat kamu’

  • doBot

    Uwaa…sedihnya ayat-ayat raya kor tahun nie Yani. Anyway Yani, aku ingin mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan memacam ‘ter’ lagik yek…Selamat Hari Raya.

  • Aiman

    Yanie dear,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, selamat beraya di perantauan. tabahkan hatimu, teguhkan jiwamu, tetapkan cintamu.. Doaku, semoga kalian cepat kan bersatu kembali.. jaga diri baik2 diperantauan..anggaplah ini adalah pengorbananmu buat mereka..jangan sedih2 tau.. take care.. mmmuaaaahh…

  • chesabrina

    yanie..
    macam biasa..WAJIB aku menagis bila baca blog hang…
    sebab..aku letakkan diri aku di tempat hang..
    berpisah dengan anak n suami mmg perkara terakhir yang akan aku pikir..
    tabahkan hati yer..
    yg pasti,aku akan setia membaca blog hang..dan yg pasti jua..air mata akan mengalir laju..
    entahlah,sejak bergelar ibu..tersensitif lah pulak bab anak nie..
    oklah yanie,dibulan yang baik nie..aku ucapkan selamat berpuasa..
    selamat hari raya..
    maafkan aku kalu buat salah n silap…
    semuga persahabatn kita kekal selamanyer…
    jaga diri di tempat orang..
    bye Yanie!!!

  • hah

    salam yannie..
    selamat hari raya aidilfitri..
    maaf segala salah dan silap..
    jangan cedey2 k…kdg2 aku mengelak dr baca blog mu..(mudah tul berair mata)..tp baca gak hahahk. Xdpt bayangkan kalo aku merantau tanpa org tersyg disisi.
    smoga cepat dipersatukan kembali..amin.

    ***Mek Hah (Aku menulis bukan kerana nama… hanya untuk baby!)-menulis baik untuk mengubat hati..

    take care!

  • matdue-yanie

    Sayang jangan risau, abg dah maafkan semua kesalahan syg pada abg. Abg pon mintak maaf jugak la kalau ade ape2 yg kurang abg bagi masa kita bersama di sini. Syg jangan pasl Ain. Abg akan jaga Ain sebaik mungkin. Harap2 kita akan bersama kembali. Belajarlah rajin2 dan pastikan bawa balik PhD ke malaysia.

  • ijad

    salam yanie..

    selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.
    tentunya dan cuba setiap hari belajar mensyukuri :Ijad (tiap kita berbeza pengalaman, namun akhirnya kembali mensyukuri apa yang kita ada sekarang!)
    🙂 rajin-rajinlah menulis blog,ijad percaya ia sebagai satu terapi utk menyatakan, meluahkan sesuatu yg belum tentu kita dapat nyatakan dengan kata-kata.malah ia mendekatkan lagi yg jauh..
    semoga semakin tabah dinegara org, nanti pos bunga tulip hehehe
    be tough !

  • Ayu

    Alamak.. Thanx, n slamat ari raye!! Be strong n smoga cpt brsama family semula ok. Mmg blog ni dh jd blog air mata daa.. Sgt sedey..

  • ekinnaba

    sadis sungguh n terharu ko ingat aku..aperpun aku tau u’re strong woman..aku admire la kat hang..kena belajar ngan hang nie..takpe mama..jaga diri bebaik tau

  • ina

    huhuhu..aku baru baca blog ni..yanie.. aku menagis kat opis sbb baca blog ko ni..sedey arr.. n aku akan pertimbangkan cadangan ko tu..wat kt msia je la..
    jaga diri k..slamat hari raya yanie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: