aku yang pelik

aku ni sebenarnya sungguh pelik. Kadang-kadang bila aku gembira, aku cakap banyak.. tapi bila aku sungguh tensen dan takut dengan orang tu, aku akan terus diam. Kalau aku ada perkara yang menensenkan, keje sekolah, lagilah aku diam teruss.. Bila aku fikir-fikir adakah orang lain ada pesen macam ni juga?

Nak kata aku pendiam, kadang-kadang aku ni boleh tahan cakap. Tapi nak kata suka berborak, tengok orang jugak aku nak bercakap. Pelik manusia ni.. aku sudah takut nak borak, kawan baik atau mengadu dengan orang. Hidup aku biasanya aku letak dalam blog atau simpan dalam hati. Kelakar bukan, bukan senang nak bagitahu orang siapa diri kau.  Kalau aku rajin nak bagitahu, aku akan bagitahu tapi kalau tak, aku akan nangis sorang-sorang dalam bilik. Biasanya, aku takkan kesahkan orang melainkan orang mintak tolong dengan aku. Biasanya aku akan tolong setakat mampu.

Hidup ni bagi aku tak perlu kawan terlalu baik, baik-baik cukupla sebab nanti kalau ada apa-apa tak terasa ati sangat. Mungkin sebab tu aku bukan kawan yang cukup baik bagi sesetengah orang.  Mungkin sebab tu aku senang jadi lone ranger.. ye ke? Bila aku fikir balik, tak apalah, kawan akan pergi dan hilang, mak ayah dan family aku pulak selalu ada.  Bila ada suami dan anak, aku rasa baik aku jaga yang 2 ni betul-betul.  Jadi aku dengan seperti biasa, cuba menjaga hati orang yang jaga hati aku…

Aku rasa, kawan yang betul-betul baik adalah kawan yang bersama kau susah senang, kawan yang akan ada bila kau perlukan masa susah dan kawan yang baik juga menerima kawannya seada dia.  Buat kawan-kawan yang terima aku seadanya aku, terima kasih. Itu dah cukup buat aku rasa normal.


4 responses to “aku yang pelik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: