Bila aku rasa tensen

Bila aku rasa tensen, aku selalu menangis. Aku menangis atas bas, atas train, dalam rumah, masa masak, masa naik basikal, masa tengok tv atau masa bersembahyang.  Hati aku rasanya sudah sampai ke tahap sedih tahap cipan.

Sebelum ini bila aku ngadu pada orang seperti aku tak ambil kisah sebenarnya hati aku, sedangkan aku sedang berperang dengan sejuta penyesalan, seribu kepayahan untuk membuat sesuatu yang aku impikan selama ini.

Tapi tak pernah bererti satu sen pun setiap perkara yang sedang aku jalani ini tanpa orang tersayang disisi.  Bila aku masak, aku ingat aku masak untuk anak aku.  Bila aku pergi kedai, aku ingat aku pegi kedai dengan hubby aku.  Bila aku nak tidur, aku akan ingat ada anak dan suami di sisi menemani kesunyian aku.  Aku cuma berupaya berdoa, berfikir nak balik dan mengimpikan agar aku dapat bersama secepat mungkin dengan orang tersayang.

Apa dah jadi sebenarnya?

Pada hari lahir aku, 20/10/2008, aku dapat surat bahasa dutch dari IND, mengatakan aku perlu register dengan GBA.  Jadi aku pun pergilah international office untuk bertanya isi kandungan surat yang ditulis dalam bahasa dutch tu.  Seorang kerani di situ pun menelefon IND dan bertanya apakah yang aku masih perlu hantar, dan pegawai itu mengatakan semua sudah cukup.  Jadi aku tak perlu risau apa-apa. Paling hampeh, kalu aku tepon IND, jangan harap diaorang nak bagitau apa-apa.  Kalau dah tak ada jawapan tu, memang tak ada apa nak bagitahu aku.  Diaorang apapu tak tau!!!

Jadi aku pulang dengan harapan, bahawa result akan keluar pada 2 december, 2008 tapi tak dak apa pun.  Ya ampun, tak ada result keluar bahkan diaorg cakap masih ada perkara yang tak cukup.  Aku kena register dengan city hall diaorang mengatakan aku orang yang sudah berkahwin (Married person in the population).  Kenapa tak ada seorang pun bagitahu aku perkara tu? Kenapa aku mesti siakan hampir sebulan sebelum aku tahu masalah tu. Jadi pada 25/11/2008 aku register di city hall utrecht.  Aku dengan gembira membawa kertas aku sudah register ke international office.

Namun hampanya hati aku bila mendapat tahu bahawa bukan kertas itu yang mereka mahu.  Pada 17/12/2008 aku masih belum mendapat apa-apa jawapan dari IND.  Bahkan mereka sebenarnya mahu aku terima surat dari city hall mengatakan aku sudah register.  Dengan surat itu, aku boleh meminta borang hijau untuk diberikan pada IND agar keputusan visa family aku boleh dibuat.  Pahtu ramai cuti krismas dua minggu sampai january.  Habeh bila result nak kuar? Bila aku nak dapat surat tu?  Jahanam!! Apa jenis sistem ni?

Aku sudah cop sijil nikah aku, sijil-sijil lain dan bagi pada embassy netherlands bulan 8 dulu.  Bukan murah, satu keping dokumen cop harga RM300.  Habes duit aku RM2000 untuk cop dan aku tak boleh claim pulak tu.  Itu pun tak cukup formal lagi?  Kalau nak aku buat semuanya kat embassy, kat Belanda jugak kenapa tak penah ada checklist langsung.  Kenapa tak bagi aja keputusan visa, semua sijil dah ada, nanti bila family aku datang mereka pun kena gi city hall register jugak. Dasar orang belanda bodohss… aku pon tak paham apa yang mereka suka sangat menyusahkan orang. Tak ingin aku nak tinggal kat sini pon.  Aku cuma nak family aku ada dengan aku.

Lagi aku nak marah, International liason dari utrecht university nama robert paling.  Kemain la buat assumption bahawa aku punya course 1 1/2 tahun, terlalu pendek untuk bawa family.  Itu sebab ko tak nak tolong apply visa untuk family aku ke? Ko ingat kami tak cukup duit ke nak bawa family sampai nak menyusahkan kau?  Kau tak tahu ke aku dan supervisor aku rancang untuk Phd skali, pepandai kau buat assumption gitu.  Lepas tu ko omong kosong cakap nak tolong buat family visa aku, aku ingat la ko cakap nak tolong tapi tak jugak.  Dahlah rumah pon susah nak cari, itupun ko tak nak tolong.  Dahlah rumah mahal, aku skang dapat rumah kecik giler pon harga Eur825 sebulan tak masuk bil api ngan gas.  Elaun pun ciput Eur1112 sebulan, baki tu lah nak makan, bayar bas, beli buku.  Cemana nak dapat elaun family, family lum sapai.  Umah nak dapat pun kira syukur sangat2.  Itupon susah nak carik, kalu guna agen lagi lah agen cekau sebulan sewa sebagai ganjaran utk diaorang.  Nak bagi deposit umah lagi.  Aku skang nih terpaksa la ikat perut, jimat nak balik tapi tak tahu bila.  Tiket mahal, kelas penuh, suami aku pon naik tensen sebab selagi result tak dapat, rules bodoh diaorang suami dan anak aku takleh datang sini, anak aku pulak tak kenal dah aku. Ini lah kerja giler penah aku buat.

Ko Paling cakap banyak je padahal apa pon kat boleh buat keputusan.  Cakap nak kasi cik dah supervisor dari IRAS, tapi ko mana boleh campur hal department.  Last-last cik dah kongsi supervisor ngan aku dan terpaksa buat mende lain. Lain kali kau datang UPM, aku dah bagitau dah kat semua orang tak payah jemput dan rajakan kau.  Tak guna satu sen pun kalau nak Mou dengan kau.  Tak ada apa kau boleh tolong. Aku pon tak tahu apa sebenarnya kerja kau, rugi utrecht university gaji kau.  Baik resign je lah…Aku rasa marah dengan kau, aku rasa banyak lagi tempat atas dunia lagi serunuk dari Belanda ni. Menyakitkan hati, membuatkan aku rasa tak dapat nak study.  Nasib baik supervisor baik dan kelas ikut seperti aku plan.  Kalu tak sia-sia kerajaan habiskan duit bayar utrecht university ni.  International office tu tak layak ambik duit tu jugak, diaorang tak buat apapun.  Pandai mintak duit je, bukan buat kerja.  Ya allah, niat aku nak belajar, cepat lah habis… cepat lah habes…


10 responses to “Bila aku rasa tensen

  • syahar

    relax yani…..tahun baru ni doa bebanyak….ni namanya dugaan…..relaxxxx….insyalah sumerkan berjalan lancar tu….

  • yani

    sabarlah yanie, mmg mcm2 dugaan hidup ni
    nak2 yani dah bkeluarga..
    plak tu msian, dorang ingt leh pijak2 ke kpla kite
    memang rugi je kjaan msia byr bnyk2
    komplen je nti…
    ape pun semoga tabah harungi cabaran esp kerinduan thadap hubby & baby🙂

  • Farina

    Kak Yani, jangan putus asa k… Kuatkan semangat, buatlah ape yang dorang nak.. Cuba sampai berjaya.. Bila tgk video anak kak yani, sedih pulak saya. Saya tak akan paham ape yang kak yani lalui, tapi ape yang saya mampu buat, adalah beri semangat pada Kak yani. Insya-allah, dengan berkat kesungguhan seorang isteri, Allah akan tunjukkan jalan.. Amin

  • ekinnaba

    yani..bengang gak aku baca luahan hati ko nie..ishh kalo kena kat aku mmg makan hamun aaa..hampeh betul la..kesian ko…

  • che-hariani

    Mekaseh yani, farina ngan ekin. Aku mencuba la nii… sapai demam2. Mimpi2 la jupe anak.. huarg.. tensen2…

    Ya allah, tabahkan hati hambamu ini!

  • nani

    salam..
    yani..sien ko mu.sabar la..mmg besar dugaan hidup kt negara orang.aku doakn mu cepat jupo ank n suami..

  • sha

    sabar cheq…itu semua dugaan buat ko..dan hikmahnya teramat besar buat ko nanti…aku phm apa yg ko rs sbb aku jugak ada family..tp ko mmg tabah..x seme org setabah dan sekuat ko..alang2 dh disana..ko mesti kuatkan lagi semangat ko…

  • hah

    jgn sesekali toleh ke belakang..walaupun harus merangkak ke depan yanie…itu hanyalah ujian dariNya. Semoga kabar baik akan tiba jua…InsyaAllah.

  • aiman

    Yanie dearie,
    Bersabarlah.. itu hanya itu yang mampu aku ungkapkan untukmu..walau aku tidak berada di tempatmu, aku dapat rasakan keperitan dan kegundahan hatimu. Namun percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Bersabarlah.. banyak kan berdoa, dan tawakkal padaNya. Semoga dirimu diberikan kekuatan dan kecekalan yang berpanjangan demi sebuah perjuangan. Jangan sesekali menyesal dengan apa yang berlaku, jangan menoleh kebelakang. Walau seberat mana pun dugaan, walau setinggi mana halangan..demi suamimu, anakmu..perjuangkan hakmu…aku yakin, kejayaan pasti milikmu.. keluargamu pasti bersatu kembali.. dari kejauhan, aku hanya mampu berdoa yang terbaik buatmu.. bersabarlah..

  • che-hariani

    salam,
    aku mencuba sepenuh hati.. cuma kadang2 bila aku naik hangin.. huarggg aku rasa sangat sedih…

    doa aja jadi peneman hati yg tensen ni.

    thanks friends.. really appreciate all the support!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: