“Bila daku bercinta lagi”

10 February 2009

Aku sampai gak kat KLIA pukul 6.45pagi dengan selamat. Alhamdulillah, walaupun kepala otak duk ingat cerita seconds from disaster, tapi aku tetap tak panik.

Masa lepas check in, perasaan ati sangat berkecamuk.  Hati penuh gundah gulana.  Nak jumpa kekasih hati kan?  Memang macam nak kahwin rasanya.  Lepas tu jam 11 pagi, aku terdengan sok sek orang bercakap dalam bahasa melayu kat airport schipol.  Owhhh pramugari MAS ropanya… hmmm… sungguh mengujakan.

Naik atas kapal terbang, salam diberi.  Lagilah hati menguntum senyum.

“Sorang je ke?” tanya pramugara.  “Ya!”Jawab aku.

Tapi nak balik sini balik insyaallah bertiga.  Aku jawab dalam hati.  Lagilah hati berbunga-bunga cinta.

Pilot bagi salam.  Jawab salam pilot.  Che Dah cakap, kalu pilot Muslim, insyaallah le selamat sebab pilot akan baca bismillah sebelum bawak kapal terbang, atleast jagalah penumpang ni.. masih fobia gamaknye aku ni. Gembira dengar pengumuman dalam bahasa melayu, bukan bahasa dutch.

Atas kapal terbang aku memang tak tenteram.  Sampai satu masa aku nak gelak, tapi aku menangis.  Bila ingat hubby, aku rasa sangat gembira tapi aku mengalirkan air mata.   Cepatlaa masa berlalu…

Sampai KLIA, bau KLIA sungguh berbeza dengan Schipol.  Bau nasi lemak menusuk kalbu.  Rasa sangat aman sentosa balik ke tanah air.  Laju aku g amik beg.  Ingatkan hubby je…

Keluar dekat pintu arrival, tercongok orang tersayang.  Aku ingat aku nak nangis, rupanya aku tersengih sampai telinga.  Kegembiraan yang sungguh aku tak sangka.  Memang pelik, aku ingat aku akan mengadu susah hati, sakit hati tapi bila jumpa hubby, aku tersenyum-senyum.

Naik kereta!!! Jakun punya pasal, aku sendiri jadi pelik menikmati pemandangan masa duk atas keta.  Punyalah lama aku tak naik kereta.  Hubby gembira  betul tengok aku.  Senyum manjang.

Tapi aku belum jumpa Ain sebab hubby masih bekerja di KL.  Aku pun sibuk dengan kerja aku.  Jadi baik Ain duk Klate dulu.

11,12,13 February

Meraikan apa yang aku panggil second honeymoon.  Ain tak ada, jadi seolah macam baru kahwin.  Makan berdua, ke mana pon berdua sampai aku pon ke opis CAIRO, UTM.  Apo lagi, buat kerja le kat cni sbb laptop aku memang dasyat di makan virus.  Habes drive C aku ilang.

Bila dah skali berpisah, pahtu berjumpa, rasa cinta lebih banyak.  Ewah.. heheh.. mungkin sbb bila berpisah, baru tahu betapa banyak yang kita hilang dalam diri kita.  Mungkin sebab dia adalah separuh dari kita.  Jadi bila tak ada, rasa lemah semangat sangat.  Hati pon rasa tak best, dan tak ada tempat nak mengadu dan berborak.  Bila aku jumpa yang aku cinta ni, rasa hati makin ok.  Masalah besar hanya sekadar ujian biasa.  Paling penting tekad untuk belajar sungguh-sungguh.  Apa lagi aku nak minta?  Syukur pada Mu, Ya Allah.

Hari ini, aku buat chapter indah.  Our second honeymoon.

Ain.. kita citer len kali ah..


One response to ““Bila daku bercinta lagi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: