Disneyland adventures!

30 Mac 2009

“Huarggg…” buhsannye nak siapkan assigment AHE nih.  Nasible cik dah terror bab memanipulasi ayat introduction.  Sedaya upaya kami buat assigment, maintain di alam maya.  Last sekali siap jugak. Tahniah.. tahniah..

Malamnye kami sekeluarga gerak ke Rotterdam, nak menumpang umah Rozi.  Lebih kurang 45 minit naik train, pahtu 15 minit naik tram, sampai jugak pukul 10 malam kat umah diaorang.  Rupanya itu umah uncle Joe ismail.

31 Mac 2009

Bangun tidur, kami terus berkemas.  Excited jugak nak jalan jauh.  Kami sampai jam 9.15pagi dekat Rotterdam Centraal station.  Train akan bertolak jam 9.26 pagi ke Paris Nord station.  Menaiki thalys train memang syok sebab maximum speed dia 300km/jam.  Tapi memang smooth je perjalanan.  Kami lalu Brussels, Belgium sebelum tiba ke Paris, Perancis jam 12.35 tengahari.  Memang adalah beza Belanda dan Belgium macam bangunan lebih bersepah dan banyak flat macam Malaysia.  Kereta pun nampak banyak parking kat jalan.  Perancis pula banyak bukit, jadi agak jakun tengok kawasan padang yang berbukit bukau sebab belanda flat aja.

Sampai dekat Paris Nord train station, agak terkial-kial nak cari RER station untuk ke Marne-La-Valle, Chessy.  Alhamdulillah, orang yang jual tiket RER cakap english siap bagi penerangan mana nak naik train.  Jadi kami terus ke platform 42 untuk naik RER B.  Kemudian, kami tukar train RER A untuk ke Marne-La-Valle, Chessy.  Lebih kurang 35minit kami atas RER, sampailah kat Disneyland.

Kami menginap kat Disney Hotel resort, Hotel Santa Fe. Ala-ala mexican gitu.  Kami tak tahu rupanya bas dari train station ke hotel free.  Bila tanya pakcik bas, dia cakap naik aja.  Kami duk atas bas 5 minit, pastu sampai dekat hotel.  Kami sampai pun dah 2.30pm.  Check in time pukul 3pm.  Pakej hotel kami inclusive tiket masuk Disney park dan Walt Disney studio selama 3 hari dan 2 hari breakfast.  Alhamdulillah, setel semua, kami mandi dan bersiap untuk ke Disneyland.

Disebabkan Walt Disney studio tutup jam 6pm, kami pergi sana dulu.  Kami ni bukan peminat Disney’s cartoon pon, jadi jalan ajalah.  Kami naik tram dan tengok movie set.  Memang canggih lah.  Siap masuk kat set lori terbakar dan air mencurah dari depan dan atas.  Ain tengok aja.  Aku pun tak tahu kalau Ain takut sebab dia tak nangis.

Kemudian kami pusing-pusing aja keliling walt disney studio.  Kami pon penat jadi balik bilik terus duk atas katil.

1 April 2009

Suhu 17 darjah celcius.  Angin pun tak laju macam kat Holland.  Kami berniat masuk Disney park.  Disney park ni lagi besar dan banyak permainan.  Kami start kat Frontierland, naik kapal stim.  Lepas tu naik bot kecik ala-ala Pirate gitu.  Best lah kiranya.  Pastu, fairytale land.  Kami terbang macam Peter-pan.  Memang syok gak.  Seterusnya, small world dan macam-macam lah. Kat situ aku naik hampir semua permainan sebab baby dibenarkan naik permainan.  Bila masuk frontier land, semua lebih canggih lah.  Jadi baby takleh naik semua.  Cuma buzz light year tu memang syok walaupun tunggu hampir 30minit.

Kami spend masa sehari untuk habiskan satu Disney park.  Penat memang tak tercakap le.  Kami balik bilik, masak nasik dan makan.  Nasib baik bawak rice cooker.

2 April 2009

Habehkan Walt Disney studio.  Kali ni kami masuk cinemagique, animagique dan stitch live show.  Memang best imagination diaorang.

Kami balik naik thalys, 6.35pm sampai Rotterdam 9.35pm.  Terus naik train ke Bilthoven dan sapai umah midnight.  Flat terus! Kesimpulannye, amat menarik dan tak rugi datang.  Sekali seumur hidup untuk menikmati imaginasi.. besttt!!


One response to “Disneyland adventures!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: