SELAMAT HARI IBU!

2007

Hubby ku sudah sapai ke Seoul.  Sejuk… 0 darjah celcius!  Harap dia enjoy diri di sana. Ini first time berpisah jauh.. lama pulak tu.  Rindu lah jugak… harap balik dengan selamat.

Walaupun gitu, dekat rumah aku ada penambahan 4 orang… ma aku dan 3 adikku.  Seronok ada mak kat umah, rasanya macam zaman-zaman masa sekolah dulu… Pagi tadi mak gerak bangun, macam dulu-dulu berperang jugaklah nak bangun pagi.  Lepas tu mak masak nasi goreng.  Biasa beli kat kedai je tapi pagi ni makan nasi mak goreng, siap bawa bekal gi opis.  Mak cakap tengahari masak nasi, petang nak masak laksa.  Seronok dan bersemangat aku dengar!  Lepas itu mak buatkan air milo.  Terurusnya hidup ni!  Kenyang dan gembira aku gi keje ari ni.

Adik aku yang bongsu bangun awal-awal pagi menebas belakang umah aku… harapkan muhd ridzuan mungkin sapai tahun depanlah umah aku bersemak!

Semalam aku kemas beg nak beranak yang nak diletak dalam kereta.  Emak aku dah jahitkan barut perut baby.  Nak beli kat kedai takde.. Aku duk tanya mak berapa banyak baju nak bawak ni… Nanti beranak agaknya duk hospital berapa lama?  Mak aku yang mamai menjawab je lah dengan nada ngantuknya… walaupun gitu aku tetap juga bertanya pada mak aku yang ngantuk tu.  Agaknya sudah jadi tabiat macam-macam mesti tanya kat mak kita… dan mak sentiasa tak fail nak jawab dan bosan dengan kita.

Adanya mak kat rumah, lega hati sebab ada orang nak jaga aku yang duk sarat ni.  Bukan setakat aku lega, hubby aku, mak mertua aku, ipar aku… pendek kata ada mak kat umah perasaan dia priceless.  Dulu masa sekolah aku selalu rasa bosan dekat umah dan decide nak duk asrama dari form 3 sapai form 5, pahtu aku gi matrik di Melaka dan duk UPM 5 tahun, terus kahwin dan kerja di UPM… sudah bertahun-tahun menjadi independent… rasanya kalau diberi peluang aku nak jadi macam husband aku yang hanya duk jauh dari emak dia lepas SPM. Itupun masa student setiap cuti semester dia habiskan masa di rumah, masa kerja setiap bulan dia akan balik. Aku? Masa student, hanya nampak muka aku seminggu je setiap semester. Masa kerja, balik sebab raya.  Bila dah kahwin pulak rumah dah jadi dua.  Jadi kena ikut suami dulu, rasanya sedih sangat walaupun rumah mak aku hanya 20 minit dari rumah mak dia.

Jadi, selagi kita bujang dan boleh balik rumah atau duk umah, duk lah umah… nanti dah kahwin dan kerja mesti akan rindu zaman-zaman berperang dengan mak. Merajuk, tak nak makan atau sebabkan bil telefon melambung naik… kemudian mesti mintak bukan-bukan dengan mak.. dan mak mesti bagi.  Permintaan aku paling besar adalah mintak nak kahwin.  Hehe… lepas tu mak aku dah tak ada tanggungjawab atas aku lagi.  Tapi aku masih anak mak yang mesti bertanggungjawab pada mak.  Sebab dengan ada maklah, aku macam ni hari ni… nak jadi mak juga.

2008

Dan bila aku datang ke sini sorang2, mak ambil alih jadi mak anak aku.  Mak bangun malam buat susu ain, mak mandikan ain, mak bagi makan ain, mak bawa ain jalan-jalan, mak tidurkan ain, mak main dengan ain dan mak seolah-olah  mak ain.Mak juga yang sambut birthday Ain yang pertama. Mak tengok ain tumbuh gigi pertama. Mak juga tengok Ain boleh jalan dulu.

Mak sahaja jaga Ain sampai 6 bulan, tanpa henti.

2009

Bila aku nak ambil ain, rasa sedih pula sebab Ain asyik ikut mak aku.  Tapi aku mesti jaga anak aku sendiri.  Mak mesti rehat.  Apapun besar jasa mak.

Selamat hari ibu, mak.

Anak emak.


One response to “SELAMAT HARI IBU!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: