Mexican flu?

Khamis

Dah dua hari Hubby demam dan batuk.  Aku pon ada dekat umah.  Minggu ni Wilma cuti seminggu, so aku pon memalaskan diri gi uni.  Monday meeting ngan supervisor, Wilma dan Paul (nutritionist) dari jam 1.30 sapai 3 petang sebab nak estimate feed cost menggunakan growth curve yang aku ada.  Aku perhati je input values dari Paul, nampak gaya memang xkan masuk ngan apa aku nak.  So aku bertekad nak jupe Paul pada ari ni gak.  Sambil-sambil tuh aku nak jupe Henk, SV aku sebab nak confirmkan input values estrus detection dalam heifers ngan nak guna distribution apa untuk growth curve aku.  Semakin nak ke penghujung, aku dihambat dengan kesempurnaan model melalui input valuesnya.

Aku tunggu dekat depan pintu henk.  Dia tengah bercakap kat telefon.  Ni lah gayanye kalu xbuat appointment.   Tunggu lahhh… Lantas aku duduk dekat area minum2.  Sambil mencoret atas kertas tisu, kepala aku makin pusing.  Nape ek?  Tetiba Mirjam, Saskia dan Gerrit lalu.  Diaorang bising2 nak minum kopi.  Mirjam cakap pada aku, ada lompat2 tak depan tingkap supaya sv nampak?  Aku cakap, ada.  Dia cakap, nanti sv xnampak.

Lepas jumpa Henk, aku jumpa Paul tengah berjalan dengan dua budak Belanda.  Eh, lupa pulak kertas yang aku print.  Aku pusing ambil kat bilik print kejap.  Kemudian aku g kejar Paul.  Paul gelak bila aku cakap dia orang yang amat sibuk.

Lepas aku jumpa Paul dan Henk, aku ingat nak setelkan model.  Tapi kepala otak aku pusing dan rasanya macam nak demam.  Tapi aku pergi je duduk kat Msc room.  Aku cakap kat Che Dah, rasa mcm nak demam.  Macam nak balik tapi malasnye sebab kena kayuh beskal.  Nak naik bas ke? Malas gak..  Lama gak aku tunggu dan lepas rasa ok sket, aku redah gak naik beskal.

Bila sampai kat rumah, aku terus ngadu sakit kepala tahap gila babas lah… Terus aku baring tak bergerak.  Makan pon atas tilam jer…  Punyalah penat, aku tidur je dan sejuknye memang sampai ke tulang.  Lepas makan panadol dan ubat batuk, aku terus tidur.

Sabtu

Hubby dah ok.  ‘Ain tetiba lak kena demam.  Apa lagi, kelam-kabut kami.  Aku memang dah 2 hari tak bangun-bangun.  Risau kalau ‘Ain kena lebih teruk.  Bila check klinik kat Bilthoven, xbukak.  Terpaksa mintak tolong Paul telefon klinik.  Sian hubby ke hulu-ke hilir dalam keadaan pening-pening gak.  Paul call kan klinik tu, dia cakap kat hubby;” If you think you will die, press 1. Ok. Then, they will come.”

Hubby cakap doktor tak kasi gi klinik, sbb infectious.  Nanti jangkit kat orang lain.  So, doktor akan call dan advise on the phone.  Aku bagitau symptom aku dan dia cakap;” Probably its a mexican flu infection.  There’s nothing we can do.   If your fever is more than 3 days, then we will give you antibiotics.”  ‘Ain pon dia cakap kena kasi Panadol untuk turunkan suhu.  Dia tanya suhu ‘Ain, aku cakap termometer xdak.  Landlord kami nak g beli.  Lepas tu aku letak tepon dan tdo balik sebab penat sangat.

‘Ain ngan aku tergolek je sepanjang ari.  Paul belikan Panadol ngan termometer.  Tapi sebab esok ari Ahad, kedai tutup, hubby kena gak g kedai.  Stok roti banyak giler sbb aku xmasak, selera makan xdak langsung.  Pahtu, hubby belikan Panadol untuk ‘Ain yg dimasukkan melalui dubur.

Malam

Dek penangan demam, aku masih tergolek.  Tapi ‘Ain memang happy lepas hubby masukkan ubat.  Siap lompat-lompat.  Aku jadi hairan pulak.

Ahad

Aku masih penat.  ‘Ain beransur ok.  Aku rasa macam orang tua plak tak larat nak buat macam-macam.  Main mimpi je masak.. mimpi buat brownies dan mimpi makan sushi.  Aku hantar e-mail kat wilma cancel appointment sebab aku xbuat kerja apapun.

Aku bayar sewa umah kat landlord ngan skali tanya harga panadol ngan termometer.  Paul balas email aku. “It’s a present.” Lawak Paul nih…

Isnin ke Selasa?

2.30pg Aku menulis blog sebab over tidur.  Otak aku pening bila mata tutup.  Jadi aku bangun, tengok facebook dan berfikir.  Selepas lama tak berfikir dan rasa diri useless, aku berjaya berfikir… akhirnya.. kembali ke asal, alhamdulillah.  Esok kerja.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: