~HaPpy Third WeddIng AnniVersaRy & Happy 2nd birthday, ‘Ain~

Sudah 3 tahun kami berkahwin!

Banyak dugaan dan cabaran sepanjang kami mendirikan rumah tangga.  Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah sebab memberikan kami peluang untuk terus hidup bahagia.  Tambah lagi dengan kehadiran Nur ‘Ainul Mardhiyyah pada tahun ke-2 kami menyambut ulangtahun perkahwinan.  Dia adalah anugerah yang tak terhingga buat kami berdua.

Pada waktu ini, walaupun aku amat sibuk dengan kerja tapi aku akan tetap cuba mengabadikan setiap perjalanan hidup kami.  Karenah dan keletah ‘Ain juga adalah sumber ilham dan pencetus semangat agar aku berusaha untuk mencapai segala yang menjadi impian aku sendiri.

Ramai tertanya-tanya siapakah yang mengorat dahulu antara kami berdua.  Hmmm….

Kisah cinta tak seromantis mana.  Bahkan antara kami, perbezaan amatlah ketara.  Dari segi perwatakan dan tingkah laku; aku dan dia ibarat langit dan bumi.  Terlalu jauh bezanya.  Terlalu ketara sehinggakan aku pun tidak pasti apakah yang ada pada diriku untuk dijadikan sebagai suri hatinya.  Dia hanya bertanya pada aku, sudi tak menjadi isterinya.  Aku mengambil masa hampir 2 minggu sebelum membuat keputusan.  Kami bercinta selama 6 bulan sebelum mendirikan rumah tangga.  Dan ternyata langit dan bumi yang terpisah ini adalah sebuah dunia yang amat indah.

Aku dan dia ibarat pelengkap kekurangan masing-masing.  Aku juga mengharapkan dia untuk menyempurnakan kekurangan aku, begitu juga dia mengharapkan aku menjadi sesuatu yang terbaik buat dirinya.

Di saat aku memerlukan sokongannya, dia adalah seseorang yang tidak pernah membuatkan aku lebih tertekan.  Dia selalu disisi, menjelaskan pada aku bahawa apa yang aku buat adalah tanggungjawab.  Lulus exam adalah tanggungjawab dan buat master adalah amanah yang harus aku habiskan.  Di saat kesukaran dan cabaran menimpa, dia dengan sabar menunggu dan memberikan aku satu semangat agar terus dalam melakukan apa yang sedang aku buat.  Hampir setiap masa apabila aku menemui masalah dalam membina model untuk master aku, dia jugalah yang selalu disisi mencarikan jalan penyelesaian, mendownload @Risk, mencari formula excel dan memberikan aku jawapan untuk setiap soalan yang tak tercapai dek akalku.

Buat abang, terima kasih sebab sudi menjadikan sayang suri hati abang.  Sudah 3 tahun, rasa seperti baru semalam kita nikah.  Sepanjang perkahwinan ini, sayang mohon maaf kalau ada buatkan abang terasa atau sedih.  Sayang harap jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat.

” Sayang sayang abang”

Happy second birthday buat ‘Ain. Mama & Ayah sayang ‘Ain!

 

 

 

 

 

 


4 responses to “~HaPpy Third WeddIng AnniVersaRy & Happy 2nd birthday, ‘Ain~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: