Nantes.

Nantes ni terletak dekat Perancis.  Aku tak sempat nak pegi melawat bandar tu sebab ikut orang Belanda balik naik van diaorang.  Apapun, semasa atas van aku memang akui teringat Malaysia sebab jalan raya, tol dan carrefour di tepi jalan.  Rasanya aku akan melawat lain kali kalu kalau ada kesempatan.

Cerita pasal ke Nantes, sebenarnya aku ke sana sebab present master research aku yang akan jadi insyaallah Phd research kalau UPM luluskan permohonan scholar aku minggu depan.  Dalam keadaan sekarang, buat apa sahaja dengan baik, biar lulus master supaya ada peluang ke peringkat seterusnya.  Doa aku semoga UPM boleh luluskan dan sekiranya permohonan tersebut lulus, dan master aku ok, insyaallah aku akan berada disini untuk tempoh 4 tahun lagi.

Oleh itu, saat-saat ini memang menguji kesabaran aku dan juga mencabar hati aku.  Kadang-kadang kalau ikut hati, memang aku nak balik aja, tapi bila difikirkan susahnya nak cari tempat belajar ekonomi veterinar, aku akui memang aku tunggu dan tunggu jawapan dari UPM dengan rasa tak sabar tapi buat-buat sabar.  Banyak perkara perlu setel pada apa-apa jawapan dari UPM.  Kalau ya, IND, BIC dan city hall adalah tempat2 aku perlu pergi dan uruskan permohonan menetap, kalau tak, ada banyak barang perlu dikemas, diatur, disimpan dan dihantar ke Malaysia.  Mana-mana jawapan, aku memang akan tetap stress.  Tapi bila dah pulang, KPT dah habis biasiswa ke oversea bagi tahun 2010, jadi maksudnya kerja model aku akan terbengkalai mungkin bertahun-tahun juga.

Rasanya selepas 1 tahun setengah disini, aku lebih matang dan tahu apa yang terbaik untuk aku dan keluarga.  Masing-masing samada aku dan suami mencuba untuk apa yang terbaik, berkompromi dan dalam masa yang sama menjadi ayah dan ibu yang terbaik.  Susah bila masing-masing sibuk.  Dalam hal kerja, walaupun tak sepintar mana, tapi insyallah dengan bantuan semua orang aku akan harungi peringkat seterusnya dengan lebih baik.

Hidup tak perlu susah hati, hanya usaha dan tawakkal.  Insyaallah Allah beri rezeki pada kemampuan, usaha dan niat masing-masing.

Dekat sini aku abadikan geng denmark, french dan The Netherlands dalam Animal Health Economics International Workshop 2010 yang diadakan setiap 2 tahun sekali untuk penuntut Phd present pasal research tak kira baru start, in the middle atau hampir nak habis.  Aku present Master work aku yg akan aku extend sebagai Phd work insyaallah bermula 1 Mac 2010.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: