Resepi ayam percik

Resepi ayam percik

Resepi ini dah lama aku tempelkan dekat facebook.  Tapi baru sekarang aku ada masa nak update blog. Resepi ni adalah dari ma di kampung, iaitu turun temurun dari arwah atuk di Temangan.  Masa aku di Malaysia tak pernah aku fikir nak buat sendiri, tapi masa bulan puasa 2009, aku berjaya buat ayam percik ini.

Perap ayam percik

  • ayam (1 ekor);
    6 ulas bawang putih,
  • 2 ulas bawang merah,
  • serai 2 batang,
  • jintan manis 2 sudu,
  • garam 2 sudu,
  • halia

(blender kesemuanya untuk perap ayam)

Kuah ayam percik;

  • Santan: Kiraan santan pekat (ratio 1 1/2 cawan santan: 1 cawan air), kalu nk kuah banyak guna byk santan pahtu tambah air, gula 2 sudu utk kuah 1 1/2 cwn santan,
  • Lada kering (kalu nk pedas letak byk~10 btg pedas)
  • 2 ulas bawang merah,
  • sedikit halia
  • Lada kering, bawang merah dan halia di blender

Cara-cara masak kuah

  1. Masak bahan yang dah diblender bersama santan, kacau sapai pekat sekurang-kurangnya hingga separuh dari sukatan awal santan.
  2. Selalu mengacau hingga pekat.
  3. Pastikan kuahnya cukup manis untuk mengimbangi rasa masin ayam.

Membakar ayam percik

  1. Tip 1; Ayam bakar mesti betul-betul masak.
  2. Tip 2; Lepas ayam benar-benar masak, celupkan dalam kuah santan
  3. Tip 3; Ayam tadi dikeringkan dalam oven. Dibalikkan bila sudah kering.
  4. Tip 4; Tip 3 diulang sehingga kuah habis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: