Garam kunyit Kelate style

Garam kunyit ini adalah kewajipan di dapur surirumah orang Kelantan.  Masa aku kecil-kecil, mak aku tak ada blender jadi kami tumbuk bahan-bahan.

Bahan-bahan diperlukan

Kunyit (hidup dan serbuk)

Halia

Bawang putih

Garam

Air

~Kuantiti bawang dan halia paling banyak, kunyit hidup biasanya kurang sedikit.

~Garam sama banyak dengan hasil tumbukan kunyit, halia dan bawang putih.

Cara-cara

  • Kupas kulit bawang, halia dan kunyit.  Bersihkan.
  • Tumbuk halia, bawang putih dan kunyit atau blender.   Aku suka tumbuk sebab lebih terasa bawang dan halia pada setiap gorengan makanan.
  • Selepas itu, di dalam satu bekas besar campurkan garam sama banyak dengan hasil tumbukan di atas, bersama sedikit kunyit serbuk (2 sudu besar)
  • Campurkan air sehingga agak cair sedikit dan lembap
  • Masukkan dalam balang

Kalau mak aku zaman dulu-dulu mesti letak garam kunyit kat dalam bekas axion.  Tiap hari kalau nak buat ayam goreng, daging goreng, ikan goreng atau hati goreng, hanya ambil sahaja sesudu dua garam kunyit tersebut untuk marinate.

Sekarang pun sama.  Aku simpan dalam peti ais dan aku jamin garam kunyit ni tahan sampai habis kita gunakannya, insyaallah.  Bukan sahaja jimat masa untuk masa, bahkan sangat sedap!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: