Yong Tau Foo (Untuk orang yang takleh gi pasar malam)

Aku pernah makan Yong Tau Foo best dekat tepi highway menuju Seremban.  Yong Tau Foo dia biasanya ada kuah kosong pastu fishball, surimi stick, kangkung ngan macam-macam dalam tu.  Kemudian makan sambil cicah sos.  Aku pernah try style Tom yam, tapi bagi aku yang ada sos sedap dan kuah kosong macam kat kedai tepi highway tu lah yang paling best.  Kat bawah aku combine resepi dari beberapa blog dan paling aku suka rasa belacan dan udang kering dalam sos.
Bahan-bahan

~Sos Yong Tau Foo

  • 2 sudu Udang kering
  • 10 tangkai cili kering 2 sudu sambal oelek dan sesudu serbuk lada
  • gula melaka
  • bijan goreng bijan aku xgoreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan, dibakar sikit
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto
  • Kicap sikit untuk beri warna lebih hitam
  • Sos tiram 3 sudu besar

Cara-cara

  • Blender udang kering dan sambal/ cili kering
  • Jerang air, masukkan kesemua bahan kecuali tepung jagung
  • Bancuh tepung jagung dengan air baru dimasukkan bersama bahan diatas
  • Biar gelegak dan cuba rasa

~ Kuah aku guna stok ayam, lepas tu letakkan hirisan daun bawang dan bawang goreng

~ Untuk menyedapkan acara, aku rebus mee udon dan kangkung

~Kebiasaannya fishball, surimi stick tu aku panggang atas grill pan supaya lebih sedap

~ Lebihan sos tu kena simpan dalam peti ais, lain kali tak payah buat lagi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: