Cuti-Cuti Malaysia Year 2010

Aku telah balik selama 3 minggu. Rasa macam lama, tapi sebenarnya full schedule aku.  Nak jumpa orang pon susah sebab weekend aku pon dah penuh dengan melawat sedara, dan kawan-kawan pulak kerja pada weekdays dan ada kursus serta kalau cikgu pulak, Sabtu mesti ada hal kat sekolah. Tapi aku sempat gak jumpa Akmal, Sutie ngan Fatihah.  Due pon sempat gak jumpa Shariman dan Kimah.

Seperti yang aku plan, first week workshop “Infectious Diseases Modelling” kat UM.  Mula-mula aku jet lag manjang dan tidur dalam kelas.  Pastu second day aku balik awal nak jenguk ‘Ain kat Serdang.  Lepas tu hari ketiga, baru rasa best sebab boleh cuba buat model sendiri menggunakan aplikasi ModelMaker4.  Model masih SIR tapi tak gunakan R atau mencuba membuat calculation math yang susah.  Yang pasti kena tahu epidemiology sesuatu penyakit.  Group mate aku ada Dr Ng, Senior lecturer kat fac medic UM, Khairil plak biostatistician kat UKM, dan kami modelkan penyakit Nipah.  Dua model, dalam haiwan dan dalam manusia.  Dr Ng ada banyak paper pasal Nipah, jadi memang menarik sangat bila mencari nombor-nombor yang kami perlukan.  Disebabkan 2 hari jer buat model, maka kami decide nak buat model paling simple iaitu kesan “culling policy” pada outbreak Nipah menggunakan data yang ada.  Bina 2 model aitu dalam Babi dan memberi kesan pada manusia melalui jangkitan terus sentuhan babi hidup dan babi mati.  Apa yang pasti, banyak perkara kami tak tahu tapi terpaksa pakai letak aja.  Lepas dah siap model, kami cuba modelkan kalau policy tu berkurang sebanyak 50% dari yang dibuat atau 20%.  Epidemic tetap ada kalau polisi tu kurang dari 100%, hanya dengan culling 100% (pada 10km radius) epidemic akan berkurangan.  Kami suggest untuk research jika culling dijalankan pada hari atau waktu berlainan dan cost effectiveness kalau dibandingkan dengan polisi yang lain.  Pastu model tu hanya sekitar Perak aja, tak di extend ke Selangor sebab ada macam-macam faktor perlu ditimbangkan.  Paling menarik, group kami menang untuk cabaran tu jadi dapatlah thumbdrive free..Paling best gak, ramai orang dari latar belakang berbeza join workshop ni.  Tak sangka, modelling dah jadi popular di Malaysia.

Weekend aku bawak ‘Ain mandi kolam KLCC.  Walaupun sekejap tapi best gak main-main kat situ.

Second week aku banyak mengejar UPM.  Surat perjanjian mesti setel minggu tu dan aku banyak kesana-sini sebab nak cari penjamin-penjamin dan jugak nak pastikan surat tu sempurna.  Banyak jugak claim nak buat.   En Idris plak baik ati jadi saksi dan terus aku bereskan semuanya lepas jupe dia.  Pastu hari Rabu siap jugak urusan dengan UPM.  Sempat jugak jenguk Dr Zuki ngan budak-budak preklinikal dept.  Sori aa awang, aku kasi sebelah je kasut belanda tu, nanti 4 tahun agi aku kasi sebelah agi.  Aku hanya deliver Certificate MAster CheDah ngan Ayu melalui Liza, tak sempat nak jumpa.  Tapi sempat gak minum-minum ngan Syahar ngan Tini kat McD.  All the best weh Tni ngan Syahar untuk master korang!!!

Bila balik, habislah kesemua tempat aku gi makan.  Pendek kata, tak ada tertulis pun nak masak sendiri.  Cuma harga makin mahal, samada makan atau masak sendiri.  Minggu first dah makan sate kat rumah fizah.  Makan kat birthday pastu Madihah, anak sepupu aku.  Tapi aku boleh bayang lagi 3-4 tahun, gaji tinggi pun rasanya akan tetap sama, stress bila nak membeli-belah barang makan.  Itupun belum masuk stress bawak keta, minyak mahal dan panas melampau.  Semua buatkan aku dan husben mati kutu kejap.

Kemudian, kami buat kerja gila nak masuk Singapore half day je sebab malam tu nak gi kenduri CheDah.  Bila pergi dengan bas, maka memang penatlah nak mengejar bas.  Gelak-gelak aku dan ma sebab kami ingatkan kene kejar bas sama.  Padahal ada lagi bas lain.  Sempatlah kami tengok Merlion tu pastu terus chow balik.  Singapore kan kecik, naik bas 30 minit pon dah sampai hujung Singapore.

Malam tu kami ke kenduri CheDah & CheLan.  Alalala… sweet giler pastu memang meriah sungguh.  Yang pasti, makanan dia best aaa… siap ada sambal cencaluk agi.  Itu yang mahal tuh.

Hari seterusnya, kami drive ke DUngun, Terengganu rumah kakak aku, Tini.  Alhamdulillah, sampai gak sana.  Sempat jumpa Pakcik Imi dan wife serta anak dia.  Diaorg dtg sbb interview anak dia kat Uitm Dungun.  Jadi macam small gathering yang meriah gak aa…

Pastu hari berikutnya, terus balik Kelantan jumpa mak mertua.  Tapi first day je lah, sebab lepas tu hubby g Penang ada hal, maka aku jadi single jap balik kampung ngan ‘Ain.  Sempat gak merayap ke KB ngan Ma.  ‘Ain sempat kawan ngan kucing kat umah.  Pastu masa tu gak aku dikejutkan ngan pemergian salah seorang cucu orang kampung aku.  Meninggal sebab dilanggar kereta masa baru balik dari kerja.  Kejadian kat KL, tapi jenazah bawa balik kampung.  Sempat aku tengok jenazah allahyarham Mukhsin.  Baru je berusia 22 tahun.  Al-fatihah buat allahyarham.  Masa tu memang ramai orang kampung ada, jadi sempat aku jumpa semua yang hadir. Pastu, kat rumah mak mertua, ada buat kenduri kecil-kecil masa hari Jumaat sebab nak tunaikan nazar mak mertua.  Jadi Ma aku jadi tukang masak.  AKu memang tukang bantu aja.

Hari Ahad, kami bercadang untuk drive ke Sungai Petani, Kedah rumah kakak kedua aku, Norina.  Tapi sempat gak lawat Hah dan Rakin Syahid  dulu.  Congrates Hah!. Lepas tu terus ke Kedah.  Kat sana hanya tidur semalaman aja.  Sempat la amik gambar anak sedara aku yang baru, Imran Fatihah.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke KL, rumah adikku Pizah.  Sepanjang 2 hari melepak di KL, kami banyak buat urusan kat bank.  Kemudian ke Jusco cari barang makanan.  Tapi last-last lupa jugak nak beli kicap kipas udang ngan bawak bunga kantan datang sini.  kempunan lagi!!! Masa nak balik adik aku pizah dan nozi antar.

Alhamdulillah, sampai gak kat sini balik.  Datang sini kami dikejutkan dengan gunung berapi meletup kat Iceland, pastu habis tutup airport kat Europe.  Takleh aku bayangkan kalau kami lewat sehari… Agaknye kalu dh stranded, mungkin nak merayap ke mana lagi?

Advertisements

2 responses to “Cuti-Cuti Malaysia Year 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: