Cerita Jalan-jalan ke Berlin, Jerman

15 Julai 2010

Kami bertolak dari Utrecht ke Nijmegen naik keretapi, kemudian menuju ke Weeze airport di DUsseldorf dengan menaiki teksi.  Perjalanan dari Nijmegen ke Weeze airport adalah 45 minit.  Tiba di airport yang usang, dan terpencil tu, kami pun check in dan makan bekal aku bawa.

Flight jam 7.15 malam, jadi kami menunggu dengan sabar dan harap tak ada delay la.. Áin pun dah ngantuk. Tapi flight lambat sikit, dan maknanya kami akan lambat sampai ke Berlin.

Alhamdulillah, sampai jugak dekat Schoenefeld (SFX) airport, di Berlin.  Kami naik train dari stesen SFX menuju Schottentor kemudian tukar naik U-Bahn di stesen Alexanderplatz.  Sampai di stesen Underground Spittelmarkt, kami gunakan navigon untuk cari Hotel Best Western Berlin. Underground di Berlin jauh di antara satu sama lain, jadi kami asyik sesat je.  Jam 11.30malam kami check-in di hotel, makan dan terus tertidur kepenatan.

16 Julai 2010

Biasala, bila dah ada anak maka kami menjadi lebih slow sebab tak nak stress kan ‘Ain.  Lepas makan nasi, kami keluar dari bilik lebih kurang 11 pagi.  Kami bercadang beli tiket 72jam Berlin kat stesen keretapi.  Jadi senang nak gerak ke mana-mana di bandar Berlin.

Aku dan hubby dah berniat nak pergi ke Pergamon museum, antara yang menarik kami tak pernah tengok di tempat lain.  Di samping tu, jalan Uhde Der Linden menarik untuk diterokai.  Tapi suhu sangatlah panas, jalan sambil duk minum air je.

Kami tak berjaya jumpa Pergamon museum.  Tapi kami masuk ke German historical museum.  Aku tak pernah masuk muzium yang terlalu besar, nak jalan pun sampai tak larat.  Kami tengok muzium separuh je, sebab ‘AIn pun dah meragam. Kami kena rasuah ‘Ain dengan coklat, tapi makan tak dibenarkan dalam muzium.  Kesudahannya, chow cecepat…

Ni gambar depan muzium dan dalam muzium:

Antara yang menarik kat dalam muzium ni:

Instruments of a roman doctor.~Medicine was at a high standard during roman times. Doctors were specialist and moved to Northern province from all regions of the empire.

Plague cover made from velvet, green glass and leather~As protection against locally occurring epidemics of the plague, doctors wore a leather gown with a wrap and a mask. Herbs or sponges soaked with vinegar were put into a beak-like protrusion in order to filter the air.

Eight books about geography 1525. ~The work, divided up in 8 books and a map section, was written in 2nd century CE and dominated the geographical world-view until the 16th century. The 1525 revision fit the new standard knowledge.

Norms for the removal of larger limbs (Carl ferdinand von Raffae;1787-1840)

Kemudian kami keluar dari muzium untuk makan.  Lepas tu kami ke Brandenburg Tor, antara tempat paling penting dalam sejarah Jerman.



Perhatikan gambar tengah, beza masa perang dengan zaman sekarang.

17 Julai 2010

Kami bertekad nak masuk Pergamon museum hari ini.  Cadang nak keluar awal, tapi hujan lebat pulak.  Last skali kami keluar hampir jam 11 pagi jugak.  Tiba kat Pergamon museum, panjang pulak barisan yang beratur.  Kami makan bekal yang dibawa, pastu aku kena layan ‘Ain yang makin bosan.

Pergamon museum dibina dari tahun 1910-1930 oleh Alfred Messel dan Ludwig Hoffman.  Pergamon altar berasal dari Bandar Pergamon iaitu Bandar Greek lama di Turki.  Pergamon museum terbahagi pada tiga; Koleksi antik, Muzium timur tengah dan Muzium kesenian Islam.

Antara yang menarik :

Pergamon Altar yang dibina oleh Raja Eumenes II pada Kurun ke-2 BC.

Ischtar Gate dari Babylon yang dibina pada 575 BC oleh Nebuchadnezzar II sebagai pagar ke lapan dalam bandar.

Market gate of Miletus  iaitu pagar zaman Roman dibina pada 120 AD tapi musnah dalam gempa bumi pada 1100.

The Aleppo room iaitu rumah yang ada unsur-unsur kesenian Islam, dibina pada 1600-1600 di kawasan Kristian di Bandar Aleppo, Syria.


Istana Mshata dibina oleh Kalifah Umayyah Al-Walid II pada waktu pemerintahannya yang singkat dari tahun 743-744 di Mshata dekat Syria dan Palestin.  Istana ini di arah dibina scepat mungkin walaupun sumber air terdekat adalah 24 km. Tapi istana tak sempat siap bila Khalifah meninggal dunia. Diaorang terus tak siapkan istana tu.

14 dari 30 jilid Al-Quran dari 1410.

Rehal lama dari Kurun Ke 13

** Kitaorang sambung masuk Pergamon museum pada esok harinya sebab ‘Ain meragam.  Muzium tu panas, tak ada kipas dan tak dibenarkan makan.  Jadi ‘Ain mengamuk teruk sampai kami kena halau keluar dari muzium.. sadis.. sadis..

Keluar dari muzium, kami terus bercadang nak ke Berlin Dome.  Kami panjat tangga naik ke atas Berlin DOme dan menikmati pemandangan Berlin.

Lepas keluar dari Berlin Dome, Kami terus menuju ke Check-point charlie untuk melihat tinggalan Tembok Berlin.  Antara yang menarik muzium Check point charlie yang menunjukkan kesengsaraan zaman perang, dan cara-cara nak seludup orang keluar.

18 Julai 2010

Kami sambung ke Pergamon museum.  Kemudian kami masuk Neus museum, tapi dah lewat petang.  Jadi sempat masuk sekejap sahaja.  Oleh itu kami jalan-jalan dan ambil gambar disamping elakkan ‘AIn meragam.

19 Julai 2010

Bertolak ke Prague, Czech Republic dengan menaiki keretapi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: