IndahNye PraGue (Praha) @ Czech republic

19 Julai 2010

Kami naik keretapi jam 12 tengahari di Berlin Heuptbanhof.  Sepanjang perjalanan, agak membosankan tapi bila sampai di Dresden, Jerman, baru nampak permulaan kecantikan Czech republic.  Sungai yang lebar dan rumah di atas bukit, itu adalah sesuatu yang lain dari negara eropah lain.

Kami tiba di Hlavni Nadrazi station, Prague jam 6 petang selepas hampir 5 jam menaiki keretapi dari Berlin.  Aku kena keluarkan wang sebab di sini matawang CZK digunakan.  Mula-mula berkerut muka bila fikir nak keluarkan CZK3000.  Tukaran pada masa tu Eur1=CZK25.  Kami dapatkan maklumat tentang Prague dan beli Prague welcome card.  Di sini, hotel murah tapi perkhidmatan untuk pelancongan macam tiket keretapi, excursions lebih mahal berbanding Berlin.

Kemudian kami terus naik metro C menuju stesen IP Pavlova.  Oleh sebab di sini berbukit-bukau maka tangga bergerak dia tinggi sangat dan angin dari train memang macam ribut.  Kalau duduk underground memang sejuk sangat-sangat.  Pahtu jangan pakai skirt, nanti habis jadi macam Marilyn MOnroe.  Tiba di hotel Venezia, kami diberitahu hotel sudah penuh, tapi mereka dah ada hotel lain untuk kami.  Maka kami pun terpaksa menginap di Hotel Abri.  Akhirnya kami tiba di Hotel Abri jam 9 malam.

20 Julai 2010

Hotel Abri ada breakfast. Tapi setakat susu yang kurang sedap dan roti tawar dan cornflakes 2 jenis je.  OK laaa… Lepas tu kami menuju ke Prague castle dengan menaiki metro dan tram.   Prague castle (Prazky hard) ni adalah castle lama terbesar di dunia.  Dari situ, memang nampak pemandangan bandar Prague atas bukit yang cantik.

Kami tak masuk pun cathedral tu, sebab dah tahu dalam tu sama je dengan mana-mana cathedral yang pernah kami masuk.  Bila dilihat gothic style ni teringat pulak kat Koln dome, macam mini Koln dome je.

Ini adalah antara gambar pemandangan dari Prague castle, sebelum kami turun untuk ke Charles bridge.

Gambar sebelum menuju ke cathedral dan selepas cathedral.

Gambar dalam perjalanan turun dari prague castle

Charles bridge dan pemandangan Prague castle dari situ

21 Julai 2010

Awal-awal lagi kami ke Hlavni Nadrazi sebab nak cari tiket keretapi ke Vienna.  Alhamdulillah, ada tiket.  Kemudian kami terus ke National Museum Prague.  Muzium ni ditubuhkan pada tahun 1818.  Muzium ni menarik dan ada pameran yang lain daripada yang lain di sini.  Muzium ni boleh dikatakan agak besar, tapi kami berjaya tengok hampir kesemua pameran; mineralogy, paleontology, mycology, botani, entomologi, zoologi, anthropologi dan arkeologi.  Antara yang menarik:

Burung Dodo: Burung yang tak boleh terbang berasal di antara Laut India dan Mauritius.  Burung ni pupus pada tahun 1681.


Pameran penyakit smallpox yang telah berjaya dihapuskan dari bumi (maybe ada lagi kot dekat makmal CDC US ~mana tau kan).  Pada perhimpunan WHO ke 33 tahun 1980, mereka isytihar bumi bebas dari small pox.  Small pox yang telah menyebabkan kematian, kesengsaraan dan buta telah dihapuskan dari muka bumi melalui langkah-langkah pencegahan dan program vaksinasi.

Kemudian, kami gerak ke Vyserd, salah satu castle di Prague.  Dibina pada kurun ke-10, atas bukit berdekatan sungai Vlatava.  Dari situ, kita juga boleh menikmati pemandangan indah bandar Prague dan boleh nampak Prague castle.  Nak sampai ke sini kena menapak jauh dari train station lebih kurang 15 minit.

Pemandangan dari Vyserhad:

22 Julai 2010

Jam 1.30 petang, panas giler hari tu kat Prague. Tiba-tiba hubby terasa macam nak demam.  Maka kitaorang balik awal ke hotel.  Aku dah gunakan panadol minggu lepas masa kat Berlin sebab sakit kaki (byk jalan).  Jadi kami dah kehabisan panadol.  Cari punya cari kat kedai, semua tak jual.  Bila sampai ke hotel, hubby ngadu seram sejuk.  Kami terus rehat hari tu dan tidur petang. Malam tu aku berkemas sebab nak ke Vienna pulak.

23 Julai 2010

Pagi tu jam 5.30 pagi suhu badan hubby naik tinggi.  Aku kena gi cari panadol kat receptionist, alhamdulillah, ada gak.  Lepas makan panadol terus demam kebah.  Kami gerak keluar dari hotel jam 10 pagi sebab keretapi jam 1.30 petang.  Alhamdulillah, kami dapat naik keretapi, hubby pun makin sihat dan sepanjang perjalanan hubby tak muntah dan tak demam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: