Vienna (Wien), Austria favourite ‘Ain

23 Julai 2010

Kami tiba di Vienna, Austria lebih kurang jam 6 petang.  Seperti biasa, kami akan cuba cari maklumat tentang perkhidmatan awam kemudian pilih nak beli tiket.  Kami terus gerak naik train menuju ke hotel Mate Dependence.  Hotel ini adalah yang termahal untuk servis paling dasyat.  Berbanding di Berlin dan Prague, kat sini tak ada internet dan breakfast pulak tak disediakan, bilik pun memang kecik je.  Tapi memang harga hotel di Vienna adalah mahal, sama macam di Berlin. Nasib baik tv ada, channel CNN dan BBC menemani kami sebab cerita semua banyak di alih bahasa.  Kalau di Prague dengan bahasa balkannya, di sini bahasa yang digunakan adalah bahasa Jerman.  Aku bersyukur betul di Belanda mereka tak alih bahasa rancangan tv Bahasa Inggeris yang diimport.  Kalau tak, merana laaa… Malam tu hujan turun, kilat sabung menyabung dan suhu yang lebih dari 30 darjah terus turun ke 18 darjah.

24 Julai 2010

Bila bangun baru terasa kesejukan dan angin yang kuat dari luar.  Pemandangan nampak kelam, dan cahaya matahari pun tak ada.  Kami merancang nak ke papyrus museum.  Bila keluar, angin dan hujan membuatkan suhu amat sejuk dan hanya kami tak pakai jaket.  Nak ambil gambar pun malas jadi hanya ada beberapa keping gambar aja di kawasan muzium. Kami masuk ke papyrus museum, tapi sayang sangat sebab separuh dari penerangan dalam bahasa jerman.  Maka aku banyak skip pameran.

Oleh kerana hari dah petang, cucaca pun sejuk, ditambah hubby belum betul-betul sembuh maka kami balik awal ke hotel.  Di hotel kami berehat secukupnya.

25 Julai 2010

Cuaca lebih elok berbanding semalam.  Kami merancang untuk ke Vienna Prater (Amusement Park) untuk gembirakan ‘Ain.  ‘Ain selalu bosan kalau masuk muzium dan asyik meragam bila tengok aku gi kat kaunter musium nak beli tiket.

Jadi kami naik train menuju ke Pratestern.  Kemudian perkara pertama kami lakukan adalah naik ferris wheel.  Ferris wheel ni dibina 1897, kemudian terbakar masa perang.  Ferris wheel ni pernah muncul dalam filem James bond 1987: The living daylights.



Ni antara pemandangan dari atas Ferris wheel.

‘Ain seronok dapat naik kuda.

Kami balik ke hotel terus lepas tu.  Tak sabar nak balik ke Utrecht esoknya.

26 Julai 2010

Dari Vienna International airport kami naik Air Berlin ke Dusseldorf International airport.  Perjalanan adalah selama 1 jam.  Kemudian kami naik ICE di Koln, untuk 3 jam perjalanan sebelum tiba di Utrecht jam 10 malam.


2 responses to “Vienna (Wien), Austria favourite ‘Ain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: