Ramadhan 1 (Nasi udang nenas, kari ayam, kangkung goreng & kuih butir nangka)

Sungguh mencabar puasa tahun ini sebab start 4.30 pagi dan berakhir jam 9.18malam.  Aku dah masak bermula jam 5.30 petang untuk kesemua menu di atas dan berjaya siap menjelang jam 7 malam. Hmmmmhhh.. lambat lagi nak berbuka yer! Anyway, untuk kelainan, aku berjaya cari resepi unik dari http://mamasya.fotopages.com/.

Nasi Udang nenas


Bahan-bahan

  • 1 bawang besar-mayang
  • 3 bawang putih-mayang
  • 3 cawan beras
  • 1 perencah adabi (perisa tomyam)
  • 11/2 cawan udang yang sudah dibuang kulitnya
  • 1 1/2 cawan nenas potong dadu
  • Butter utk menumis (actually terfikir nak guna ghee tapi takpelah, tgk rasa cemana dulu)
  • Serai-dititik
  • Cili merah digantikan capsicum
  • sedikit garam (aku letak gula sikit)

Cara-cara

  1. Basuh beras dan toskan
  2. Tumis bawang hingga naik bau
  3. Masukkan perencah Adabi & serai, kacau hingga rata dan naik bau
  4. Masukkan nenas, garam dan kunyit (aku tak letak kunyit)
  5. Masukkan air, biarkan mendidih
  6. Bila mendidih masukkan beras, tutup periuk
  7. Bila dah kering baru susunkan udang atas nasi dan biarkan masak pada api kecil
  8. Aku letakkan capsicum last sebelum nak angkat. HIaskan dengan bawang goreng dan daun sup.

Rasanya;  Boleh tahan laa.. maybe kena cuba lagi lain kali.

Kemudian aku buat kuih butir nangka.  Actually aku dah ingat-ingat lupa resepinya sebab setahun sekali je buat kan. Jadi aku tengok resepinya di http://blogresipi.wordpress.com/2009/07/26/kuih-butir-nangka/.

 

update 23/3/2011: Buat lagi untuk makan2 di Wageningen pada 19/3/2011.

Kuih Butir Nangka

Bahan butir nangka

  • 4 cawan tepung beras pulut (masa ni guna 500g-700g tepung beras pulut (Glutinous rice flour)~ banyak dapat)~ Lebih kurang tetamu yang datang dalam 30 orang.
  • air dicampur pada tepung sampai agak2 boleh gentel~ tak lembut tak keras sangat.
  • sedikit kapur makan (kite tak letak, takde)
  • secubit garam dan pewarna merah hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa. Aku guna 400ml santan kotak dn 400-600ml air. Actually aku memang selalu rule gini, kalu santan 100ml, air pun ikut sukatan sama.
  • garam aku masukkan dulu kasi masin sikit.
  • Then tambah gula~ nak manis tambah banyak (kite guna brown sugar)
  • 1 sudu makan halba (kite tak letak, kurang gemor)
  • Kalau ada nise (gula melaka, masukkan sekeping, kalu takdek pun takpe)
  • daun pandan
  • sedikit halia dihiris nipis dan dipotong panjang (ikut resepi mak aku)
  1. Mula2 aku buat kuah. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  2. Bagi butir nangka, masukkan tepung ke dalam mesin, putar sampai sebati. Kemudian masukkan pewarna.
  3. Adun hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
  4. Gentel jangan besar2 sebab bila masak, jadi lagi besar. Gentel bulat2 dulu pastu lonjongkan.
  5. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
  6. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam kuahnya.

Kemudian aku masak kari ayam dan goreng kangkung.  Tak sempat weh nak masak yang kompleks2 sebab model aku kena run agi dan aku kena menulis materials and methods serta result elok-elok sebelum 26 Ogos untuk aku bagi kat co-sv.  Esok pulak ada meeting ngan tutor kat Wageningen.  Nampak online manjang tapi sebenarnya aku cukup stress.

Puasa tahun ini aku nak ucapkan selamat berpuasa pada semua yang membaca blog ni.  Semoga Ramadhan memberikan kita erti kepayahan, kesusahan mereka yang mengalami bencana alam macam di Pakistan dan China dimana tiada makanan untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.  Oh ya, jangan lupa boikot kurma Israel dan barang-barang dari Israel!

Salam Ramadhan dari kami yang kejauhan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: