Kari Ketam kenangan di Langkawi

Salah satu makanan kegemaran aku di Langkawi, masa aku kerja di sana selama 6 bulan ialah kari ketam.  Aku selalu pergi kedai yang masak fresh seafood di tepi pantai Chenang, dan order ketam masak kari.

Masakan ni sebenarnya sempoi (memang faveret aku suka sempoi2) dan sekejap aja dibuat kalau ada semua bahan.

Bahan-bahan

  • 2 ekor Ketam
  • 1 peket kari ikan
  • 2 biji bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • sedikit halia-ditumbuk
  • 5 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula
  • garam

Cara-cara

  1. Tumiskan hasil tumbukan bawang dan halia
  2. selepas garing masukkan kari ikan dan tumis hingga kari naik minyak
  3. masukkan gula dan sos tiram dan sedikit air
  4. Masukkan ketam dan sayuran jika mahu (tanpa sayur pon sodap)
  5. perasakan dengan garam
  6. sedia untuk dihidang!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: