Nasi paprik ~

Aku sudah berkira-kira nak masak nasi paprik sepanjang perjalanan mengayuh basikal dari Uni ke rumah.  Aku rasa itulah satu-satunya yang aku sempat masak dalam masa kurang sejam dari waktu berbuka.  Ayam di bahagian dada paling sesuai untuk masakan ini.  Disamping itu, bahan-bahan yang diperlukan dah ada dan di sini kacang panjang frozen yang siap dipotong memudahkan kerja aku.
Jadi untuk Ramadhan 8, aku masak nasi paprik ~

Bahan-bahan

  • Ayam ~ Isi dibahagian dada, dipotong sederhana kecil.  Aku guna kesemua bahagian dada dari seekor ayam
  • 1 biji Bawang besar  ~ separuh dihiris untuk menumis dan separuh lagi dipotong empat
  • 1 batang serai dititik
  • 7 helai daun limau purut (kat sini ada daun limau purut kering)
  • 1 batang carrot di hiris panjang2 tapi aku hiris bulat2 terus
  • kacang panjang frozen ~ suka banyak taruklah banyak
  • Sos cili (3 sudu), sos tomato (paling banyak aku guna rasanya 7-10 sudu) dan sos tiram (3 sudu). Aku masukkan plum sauce 1 sudu. Nak skip pon boleh.
  • 3 batang lada kecil ~ tak mahu pun takpe
  • 1 sudu gula dan garam

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang merah hingga wangi
  2. kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, plum sauce dan gula
  3. Masukkan serai, daun limau purut dan air sedikit
  4. Masukkan ayam dan biarkan empuk
  5. Masukkan carrot dan kacang panjang serta bawang besar
  6. Perasakan dengan garam, kalau mahu masukkan lada kecil
  7. MAsak hingga sayur empuk
  8. Sedia untuk dihidang


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: