Nasi Ayam ~ Suami mithali, gewe sejati!


Pagi-pagi lagi aku dah rebus ayam dan perap ayam sebelum g opis walaupun Sabtu.  Aku kena setelkan kerja sebelum hari Selasa, jadi kena lah kerja Sabtu dan Ahad. Jadi aku terus perap ayam tu:

Bahan-bahan

  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Minyak bijan
  • Madu

Semua gaul pada ayam, lagi lama perap lagi sedap.  Aku suka kalau ayamnya tak dipotong kecil-kecil, bakar bahagian yang besar baru potong lagi sedap.

Petang tu aku dah nak packing laptop dan fail sebab nak balik bila suami terchenta bertanya soalan di atas… (Ni yang sayang makin sayang ni ;)).  Aku pun dah nak balik, jadi sempat masak nasi ayam tu sendiri.  Kalau tak makan nasi putih le..

Bila balik, air lebihan merebus ayam pagi tadi tu digunakan untuk masak nasi.  Biasa beras dicampur dengan serbuk kunyit sikit dan juga aku suka kalau dimasukkan bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih yang telah ditumis.

Untuk sambal, aku biasa caca marba je blend bawang putih yg dibakar+sos tomato, sambal cili, 2 sudu gula dan garam.  Ikut selera sendiri.. Pahtu tambah air rebusan ayam.

Kalau kicap plak biasa aku ikut sukatan 6 sudu kicap manis, 4 sudu kicap masin, 1 sudu minyak bijan dan tambah air rebusan ayam sesenduk.

Last skali, sup ayam biasa jgn masin sgt, pahtu diletakkan daun sup dan bawang goreng.

Aku dan hubby bukan peminat salad, pahtu tomato pon dah habis, tinggal timun je.. jadilah yer.

23 Ogos 2010.

Hari ini dalam sejarah lagi yang terchenta membalas mesej FB ni untuk pihak akuuu…. 😉

Buat yang meragui kehebatan cik abang ambo masak nasik… jangan ragu2 lagi.. pandai masok nasik laa.. kalu dop sapo hok masok nasi hari2, basuh pingge ari2, basuh kain baju, kemas umah, vacuum umah, jaga anak… owh tak terhingga sungguh kerjanya.. Timo kacih abang..

Advertisements

2 responses to “Nasi Ayam ~ Suami mithali, gewe sejati!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: