Hari malas~ Nasi air, sup ayam & masakan caca marba

Hari ini hari saya jadi malas.  Saya tidak mahu pergi ke opis.  Saya mahu berada di rumah melihat you tube dan bermalas-malasan.  Semalam saya rasa masih rajin tetapi pada pagi ini, saya rasa sungguh malas sekali.

Hari ini juga saya layan facebook sepenuh hati, habis semua video saya tengok sampai habis.  Pada waktu ini saya sedang melayan ceramah Ustaz Azhar sebab sangat seronok.

Sepanjang minggu lepas saya sangat sibuk.  Saya bukan nak menunjuk tapi saya rasa semua surirumah di Malaysia tahu sibuk kalau kerja dari pagi sampai petang.  Nak pergi kerja jem, balik kerja jem.  Balik rumah nak jaga anak, nak masak untuk suami (kalau nak masaklah).  Kalau tak masak, penat juga nak angkut anak pergi ke kedai.

Jadi kalau sibuk, maka masak terus menjadi agenda kedua, asal makan cukuplah. Maka untuk saya bermulalah episod masak caca marba aka masakan tak ada nama, mix and match dan masakan paling senang. 20 minit pun boleh siap.

Coleslaw beli siap2, grill ikan dan nasi goreng biasa

Nasi air: Bubur nasi + sup + sambal+kicap+cuka+ikan bilis goreng+timun+bawang goreng+daun sup! Siap dalam masa 1/2 jam!

Ni lagi best; grill sayur siap potong dari Albert heijn+tilapia filet siap marinate dari albert heijn digoreng+ sour cream+sos tomato+ tembikai potong dan ada homemade tomato soup.

Sup ayam. Tumis bawang putih, masuk air, masuk ayam,masuk bunjut, gelegak, masuk sayur2+garam+gula sket.. siap. Pahtu ada ayam goreng. setel.

Jadi hari ini saya sedang berfikir, apa masakan yang sedap nak dimasak?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: