2 tahun lepas~

30 ogos 2008

Pada masa tu aku dengan berat hati meninggalkan bumi Malaysia dan keluarga demi mencapai cita-cita (sebenarnya menjalankan tugas) menyambung pelajaran.  Tanpa kelulusan MVV keluarga dari Belanda, maka aku dengan berat hati naik juga flight ke Schipol, Belanda.

Seminggu sebelum itu aku berjaya mendapat rumah di Amsterdamsestraatweg, Utrecht dengan bantuan Kak Syahira.  Masa tu apa pun aku sanggup buat demi nak dapat tempat untuk tidur.

Bila tiba di Schipol, aku terus naik train ke Utrecht.  Utrecht nampak seperti pekan kecil, hanya stesen yang besar dan ramai orang.  Aku jumpa Kak Syahira depan Albert Heijn to go.  Masa tu aku tak tahu apa tu Albert Heijn, rupanya rangkaian kedai runcit terbesar di Belanda.

Aku pergi ke rumah kak Syahira di Androsdreef, Overvecht.  Di sana aku minum ice lemon tea yang sedap, kemudian terus berehat.  Oleh sebab aku breastfeed ‘Ain last 14 jam sebelum tu, maka aku kena pam air susu.  Along cakap, banyaknye susu cik yani.  Aku plak kesedihan sebab semua susu aku dibuang..

31 Ogos 2008

Kak Syahira carry aku kat belakang basikal menuju ke Utrecht Centraal.  Kitaorang nak pergi Sale Blokker.  Pada masa tu aku beli basikal harga Eur150.  Balik dari Utrecht Centraal, aku bawak basikal baru, sampai kat overvecht baru terasa penangan naik basikal, kejang kaki wooo…

Mengimbas blog aku tulis 2 tahun lepas:

Ini adalah cerita aku tulis 2 tahun lepas

Aku susukan ‘Ain dalam kereta.  Inilah pertama kali ‘Ain tak duduk dalam carseat, sebab aku asyik pegang dia, peluk cium dia.

Mak mertua sesat semasa nak ke KLIA. Dia menuju ke KL.  Jadi hanya sempat telefon untuk minta maaf semasa aku nak boarding.

Aku sampai dan beratur panjang untuk check in.  Berat betul beg aku, terus keluarkan barang tak perlu… Itupun masih kena bayar.

Terus boarding sebab masa tak cukup.  Tak puas peluk ‘Ain.  Sedih sangat sebab ‘Ain gelak tengok aku, tak tahu aku akan tinggalkan dia.  Mak aku nangis teruk sambil peluk aku.  Tak tahu bila akan jumpa lagi.  Suami aku terdiam bila aku peluk dia, tak tahu nak buat reaksi macam mana…

sepanjang dalam flight ke Amsterdam aku menangis.

31 Ogos, 2008

…sms 07:03:01 pm dari Malaysia “Ain semalam masa dia nak tido, dia tak nak minum susu guna botol. Lepas kak tie breastfeed.  Pahtu pukul 4 lebih, dia nangis.  Kak Ti bagi breastfeed, tapi dia tetap nangis. Pahtu abang dukung dia jap, dia diam sekejap, pahtu nangis lagi.  Abang pun bagi susu botol sayang punya, dia terus minum sampai habis. Kemudian dia main dan tido. Abang rasa dia teringat kat sayang sebab tu dia nangis.  Pahtu abang rasa susu Kak Ti tak cukup, sebab tu dia nangis. Abang pun nangis jugak tengok ‘Ain macam tu…”

“…..”

aku call suami dan ‘Ain.

R.I.N.D.U

Menjalani kehidupan sekarang 30 ogos 2010:

Aku bersyukur padaMu Ya Allah, atas sebab kesusahan itu, aku cekal menghadapi apa jua yang mendatang.  Ujiannya pada hubungan Cinta aku dan suami membawa kepada lebih persefahaman dan kasih sayang.  Aku lebih banyak menghargai keluarga kerana telah berkorban demi aku.  Dan aku sedar bahawa rezeki yang telah Allah beri amat terbilang dan tak terkira nikmatnya.  Alhamdulillah.

Jadi aku cuba untuk berusaha agar semua ini akan berakhir dengan baik, semoga lancar pengajian ini.  Harapan aku bila imbasan ini dibuat 4 tahun lagi, aku akan tersenyum dan gembira kerana telah berpeluang berada disini, belajar di sini dan hidup di sini. Harapan aku agar apa juga pengorbanan dan usaha akan terbalas suatu hari nanti. Insyaallah!

Mari layan antara gambar-gambar sepanjang 2 tahun di sini!

  • Gambar dari bilik di Amsterdamsestraatweg semasa musim sejuk 2008

  • General introduction bersama Chedah n Ayu
  • Gambar dalam kelas bersama Chedah.  Kelas statistik ngan Pestman kutt.. Heheh lecturer sini musim sejuk tak mandi.. Pestman tak tukar baju seminggu..
  • Gambar di perkarangan UMC makan lunch.
  • Gambar raya pertama di Holland dekat embassy
  • Makan-makan di rumah Che Dah n Ayu
  • Makan-makan umah aku (itu je sekali aku buat) sebab rumah jauh sangat
  • Aku n hubby reunited!
  • Presentation sebelum graduate master.  Paling depan tu Waldus Wera.  Kami paling tak percaya dia walau apa dia bagitahu.  Masa nak exam Pathology, dia cakap soalan exam ada tengok mikroskop.  Kami tak percaya cakap dia, jadi kami sebaliknya bertanya pada lecturer tu.  Rupanya memang betul ada soalan tengok mikroskop!
  • Master graduation pada Februari 2010! Finally!!!

Bila aku lihat balik gambar-gambar ini, rasa rindu pada rakan-rakan seperjuangan.  Masa tu sibuk dengan exam, dengan assignment, dan macam-macam karenah yang menghiburkan.  Tapi kami menjadi amat rapat antara satu sama lain.  Masa berlalu tak mungkin berulang tapi akan datang harus dijalani sebaik mungkin, agar bila dikenang; itu akan buat kita tersenyum!

p/s;credit to ayu n chedah for some of the pics!!


4 responses to “2 tahun lepas~

  • zue comelz

    jadi, bila ye hubby ngan ain datang ke Utretch? tabah betul kak yani ni.. kagum… ^_*

  • Riani&Ridzuan

    Hubby ngan ain dtg sini bulan 3, 2009 selepas 6 bulan kak yani duk sini.. Zue, dugaan nak buak ganee.. kenala sabar. Org demam dh sehat? tu pon dugaan.. tapi joe jaga ek.. hehe for sure syg agi kt joe kan kan..

  • zue

    uishh… lamanya 6 bulan.. kalau kite, mesti sengsara sangat rasanya berjauhan.. kalau setakat negeri sebelah2 takpe.. ni jauh berpuluh ribu batu..
    tapi apepun, korang dah bersatu semula.. hepi 4 u.. ^_*

    demam dah sembuh.. alhamdulillah.. ha’ah, abe joe jaga. hihi. of kos bertambah2 sayangggg kat dia pasni..

    • Riani&Ridzuan

      Ya.. kalu tinggal laki ok agi, tp bila tinggal anak, sedih laa.. sian áin masa tu breastfeed agi. Masa dtg, nk g kelas pon xdek smgt. nk g jalan2 pon xbeh. Skang nih bila duk same2 sibuk cemana pon mesti spend masa ngan family..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: