KFC kengkonon!!!!

setelah lama berputih mata melihat gambar KFC dlm fb ayu (thanks to Hj Ihsan).. maka aku pun cubalah selak mana-mana blog yang kasi resepi KFC.. KFC je tau, coleslaw jumpa pulak yang boleh makan.  WHipped potato, bantai buat aja.

Aku dah lama jumpa resepi tu dekat http://iina13.blogspot.com/2008/08/resepi-ayam-goreng.html.  Tuan empunya di Glasgow.. Katanya sedap resepi ayam goreng ala KFC tu.  Bila aku perhati resepi tu, rasa macam senang dan sedap.  Itu yang penting..

Bahan-bahan:

  • Ayam yang telah dipotong (ikutlah nak potong berapa)
  • Tepung Jagung
  • Tepung Gandum
  • Tepung goreng ayam kfc/(yang dibeli dari kedai pakistan pun boleh)
  • Bawang putih (selalu agak-agak je) untuk aku, satu labu tuh.
  • Telur ayam (ikut berapa banyak potongan ayam tadi)
  • Lada hitam
  • Serbuk kari/serbuk cili/paprika/serbuk kurma dan breadcrumbs pun aku bantai skali sebab aku tak guna tepung goreng KFC
  • Garam
  • soda bikarbonat untuk rendaman ayam

Cara-cara membuat

  1. Yang nih takdek dalam resepi tu, tapi aku rendamkan ayam dalam soda bikarbonat, untuk lembutkan daging ayam (mengikut kata penulis lain)..
  2. Ayam yang telah di potong diperap dengan bawang putih yang telah diparut. Perap lebih kurang sejam dua.. atau ikut sukalah kan.. (Hari tu aku pergi Groeningen, maka ayamku diperap bawang putih sehari semalaman)
  3. Bancuhan tepung mesti mengikut ukuran 2, 4, 6 iaitu 2 sudu tepung jagung, 4 sudu tepung gandum dan 6 sudu tepung goreng ayam. Jika nak menambah ikut ukuran yang sama hanya tambah gandaan. (Yang paling best, masukkan semua tu dalam plastik beg besar.. add on je.  Aku xdek tepung KFC tu jd aku bantai ikut sukatan tu gak cuma tepung kfc jd tepung gandum.  Tambah serbuk kurma, serbuk kari, serbuk paprika, blackpepper, garam bantaile banyak2, tak lupa juga bread crumbs sket).
  4. Kacau campuran tepung tadi supaya sebati.
  5. Pecahkan dan kacau telur 2 atau4 biji dahulu mengikut bilangan ketul ayam yang digunakan. Jika telur habis pecahkan lagi.
  6. Salut ayam dengan campuran tepung tadi. (lepas aku salutkan ayam ngan telur, apa lagi humban semua ayam dlam plastik bag berisi tepung tu)
  7. Salut pula dengan telur yang ditelah dikacau
  8. Salut semula dengan campuran tepung tadi.
  9. Aku perapkan ayam dan salutan tepung tu semalaman dalam peti ais.. kasi mesra agi.. Macam gak buat nugget, lagi lama lagi sedap.  Simpan dalam freezer pun boleh tahan.
  10. Masukkan dalam deepfryer dan tunggu lebih kurang 15 minit atau hingga ayam masak dan garing. (Aku kira timing aku 10 minit atas dapur dan aku goreng dalam minyak tambah crisco shortening).

Whipped potato

  1. Lepas dah kupas kulitnya, rebus kentang.  Seeloknya jenis kentang tu yang khas untuk buat whipped potatolah.
  2. Lepas dah masak, keringkan dan putar dekat mesin
  3. Atas dapur, cairkan mentega dan masukkan susu.  Ikut suka hati nak banyak mana, aku guna dalam 50g mentega, susu ada 200ml untuk 10 biji kentang saiz sederhana.
  4. Msukkan cairan di atas pada kentang yang telah diputar, sampai kembang dan mesra okeh.  Pahtu baru masukkan blackpepper. Nak rasa masin letaklah garam.
  5. Aku tak buat sos utk whipped potato..
  6. Coleslaw?.. beli kat kedai sebab kompleks nak buat (takdak masa nak potong sayur mayur tuh)..

Review:

Rasa sedap.  Daging pun lembut macam KFC dah.  Bawang putih tu buatkan daging ayam jadi rasa pedas2 sikit. Salutan tepung pun crunchy.. Pendek kata akan mencuba resepi ini lagi pada masa akan datang.  Timo kacih ye penulis dari Glasgow tuh!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: