myMetro | Ayam sembelih tak putus urat

AKu pun tak tahulah apa nak jadi dengan Malaysia ku tercinta.. Isu halal nih buatkan aku terfikir, orang kita memang tak amanah langsung ke? Bukan setakat nak gi makan luar, nak beli barang asas pun boleh ditipu. Benda yang kita makan hari-hari,jadi darah daging anak kita.. makan bangkai tu.. gelap hati anak2.. isy isy..

AKu ingat dulu-dulu masa kecik, di kampung abah bela ayam untuk makan daging dan telurnya.  Boleh sembelih sendiri… Alhamdulillah, anaknye memang nakal tapi dengar juga kata dan nasihat.  Tapi di kampung senang, tanah pun besar.  Kalau hidup di bandar, nak bela ayam kat mana.  Tapi skang kat kampung pun tak bela ayam!  Harapkan pembekal ayam je le.. Harap2 JAKIM pantau bukan setakat pembekal kecik2 tapi yang besar2.  Mesti tegas sebab ini melibatkan apa yang kita makan.

Terlalu bergantungnya kita dengan warga asing macam2 kaler (yang kita tak tahu latar belakang nya) pun masalah juga.  Yang si penjual pun, semua boleh pakai kopiah, semua boleh bagi salam.. semua boleh letak ayat2 suci al-quran kat kedai.  Hakikatnya betul ke halal?

Satu lagi, memang dekat Malaysia, hakikatnya orang2 nya tak pentingkan kebersihan.  Contoh, pergi je ke tandas dekat surau and masjid, dapur kat kedai makan, supermarket GIANT, tempat sembelih ayam dan lembu dan pasar-pasar.  Apa yang bersih? Kalau nak bersih cuba tgk tandas JUSCO, tempat masak fast food, tempat sembelih ayam AYAMAS… dan pasar mana yang tak ada tikus pulak aku tak tahu.. Sate kajang, diaorang buang waste dalam sungai.. adeyh kotor2 malaysia.  So lepas dah halal, nak kena sediakan makanan pun kenalah bersih dan teratur.  Tu tak masuk sumber makannye, duit gaji jangan main amik je.. kerja pun ikhlas ye nak cari nafkah halal.  Suka-suka jugak dapat bonus tapi harus setimpal dengan sumbangan kita pada negara.  Barulah negara maju..

Itulah perkara yang aku rasa sedih sangat.. Dan buatkan aku rasa berazam nak memasak dari rumah aja demi menjaga kebersihan makanan kami makan. Tapi kalau ibu bekerjaya, laratke??  Kalau ibu kerja di Holland seronoklah, nak g keje jalan tak jem so tak penat+pening, makanan asas pun murah, .  Kalau di Malaysia, apa yang murah???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: