Mak mak..

Mak mak..
Berapa pasang baju raya tahun ni?
Sebenarnya nak tanya mak cukup duit tak nak beli keperluan raya..

Mak mak..
Mak masak apa? Saya masak sate minggu lepas, nasi impit saya lembik…
Sebenarnya nak cakap, mak saya rindu mak masak.

Mak mak..
Abah buat apa?
Sebenarnya nak tanya, sunyi tak di kampung? siapa yang balik? Saya tak dapat balik lagi tahun ni.. Saya rindu nak balik.

Mak mak..
Pegi tak bandar Machang? Mak jawab, tak ada apa nak beli
Ooo syahdunya, sebenarnya nak cakap mak ingat tak saya pernah merajuk sebab kasut raya takdek yang berkenan di Bandar Machang masa kecik2.

Mak mak..
Nanti saya balik, umur Husna dah 13 tahun.
Ooo sebenarnya nak cakap, lama lagi saya disini. Saya doakan mak sihat selalu, sejahtera dan panjang umur supaya kita boleh jumpa lagi.

Mak mak..
Anak saya sekarang dah pandai macam-macam
Sebenarnya nak cakap saya pun masih anak mak yang pandai macam2…

Oooo rindunya kat kampung… Air mata asyik bercucuran.  Teringat waktu kanak-kanak. Teringat masa muda remaja dan single, balik rumah, bukan rumah mertua.. Rumah saya. 

Mak mak..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: