ZZZZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzz.

Adeyhsss…

Alhamdulillah… Habis discussion part first round.  Naper first round? Sbb hari Khamis nih baru tahu SV rejek tak discussion tus ataupun terima.  Aku rasa dah puas hati, tapi tak tahulah kot2 dia nak panjang lagi, nak baiki lagi dan maca-macam.  Biasalah… itu kerja diaorang kan.  Pahtu jadi kerja aku jugak.. ;(

Citer pasal raya.. tak ada yang excited sangat.. Malam raya aku masih kerja, tapi balik awal sebab nak alter baju áin.  Kemudian gosok baju raya dan tidur.

First day aku pegi gak embassy sebab nak raya dengan Malaysians kat Holland.  Agak sunyi raya tahun nih sebab K’Syahira, Che Dah n Ayu xdek.  Masa jumpa Mok, dia cakap lagi2 lah dia terasa kesunyian tuh.. Anyway, gembira jumpa Kak Tasha, Ammy, Rozie dan Ida.  Masing2 banyak cerita gembira walaupun sedih merantau.

Kemudian tengahari kami ke Wageningen sebab nak beraya di rumah Sharul & Fiza.  Kali ni kami jumpa Kak Mai yang baru sampai dari Malaysia.  Kak Mai dah final year dari UPM juga tapi dia buat sandwich programme.  Untuk tahun akhir dia bawa family.  Diaorang berjaya jumpa rumah di Ede, murah rumah tu.. jadi aku pun berangan nak sewa rumah semurah tu.. boleh simpan duit dan travel.. heheh.. Memandangkan kami nak pindah ke Wageningen, rasa agak lega sebab tahu ada beberapa family dari Malaysia akan tiba dalam masa terdekat.  Taklah sunyi, dan boleh minta tolong kalau ada masalah..

Malam tu kami berpeluang kenal keluarga dari Palestin, Amsyar dan Hassan dan rakan mereka dari Sweden.  Dah 6 tahun mereka tinggal di Holland.  Kata mereka, org Malaysia lah yang paling banyak guna bahasa arab untuk namakan anak berbanding org arab sendiri.. Malu org arab, katanya..

Hari raya ke tiga aku dah di opis sebab nak siapkan kerja.. minggu sebelum tu asyik fikir raya jee… kerja tak jalan2.  Sampai semalam aku masih balik lambat dan sampai makan pun tak mau.. apa lah nak jadi.  Org lain mcm tu juge ke??  Hubby cakap, patut kerja dah siap.. tak siap2 jugak.. ni lah org yang byk fikir macam2 kan.. padehal kalu fokus boleh jerk nak siapkan.

Sekarang?

Ngantuk beb..!!

Gambar raya pun xdek mood nak diuploadkan.. share yang nih jerk lahh.  Credit tu Kak Tasha!


2 responses to “ZZZZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: