Pindah?

Sudah hampir 2 tahun aku tinggal di Bilthoven, di belakang rumah landlord aku.  Aku sangat suka rumah ini, walaupun jaraknye ke stesen keretapi jauh, walaupun dalam hutan, walaupun kecil sebab tuan rumah aku sangat baik hati.

Tapi disebabkan supervisor aku pindah ke Wageningen sebab naik pangkat ke professor, maka aku pun buat keputusan untuk ikut sama.  Ini disebabkan aku rasa lebih rajin dan lebih terbimbing kerja di Wageningen.  Aku boleh je kerja di Utrecht Uni, dalam bilik besar dan best tu.. tambah lagi ada mesin air free (kopi, cappucino, air coklat, chocomilk). baru .. berbanding wageningen.

Semalam aku dah pergi audiologish and spreek (pendengaran dan percakapan) test untuk ‘Ain.  Dari pagi sampai ke tengahari aku di sana bersama ‘Ain sbb Due kena siapkan kerja (meeting malam tadi).  Test pertama, psikologi.  ‘Ain kena buat puzzle yang simple untuk uji kecerdasan.  Kemudian, ujian percakapan.  Diaorang siap upah penterjemah berbangsa Indonesia untuk ‘ain, sebab diaorang nak pastikan ada tak ‘ain sebut perkataan apa (bahasa melayu).  Tapi ‘Ain banyak guna gesture untuk minta sesuatu.  Akhir sekali, ujian pendengaran.  Untuk ini, diaorang pasang bunyi untuk pastikan ‘Ain mendengar atau tak.  Tapi ‘Ain tengah selesema, so keputusan ujian pendengaran tak berapa memuaskan.

Akhir sekali, kami berkumpul dan berbincang langkah seterusnya nak buat apa.  Aku cakap nak hantar ke sekolah, diaorang cakap baik ke sekolah khas untuk anak yang tak boleh berkomunikasi dengan baik. Diaorang juga berikan cadangan agar kami guna satu bahasa sahaja untuk ‘Ain di rumah, atau kalau nak ajar bahasa inggeris, maka aku cakap bahasa inggeris dan hubby cakap bahasa melayu.

Malam tu aku dan hubby cuba cari sekolah khas tu.  Tapi tak ada pun sekolah khas di Wageningen.  Hanya di Arnhem atau Utrecht. Kemudian hari ini kami pergi tengok rumah universiti di Wageningen Uni.  Semua perfect, rumah idaman kami; apartment 3 bilik, tingkat bawah, dan dekat dengan pejabat di Wageningen.  Aduhhh.. apa nak buat?

UPDATE 23 SEPTEMBER,2010

KAMI AKAN PINDAH KE WAGENINGEN!

Advertisements

4 responses to “Pindah?

  • hamizah

    yani wat terapi utk Ain ko?kak mi rasa ok jah dia tu sbb dia bulih ikut cd nyanyi tu..cuma lambat sikit kot..

    jauh ko rmh tempat br ni dgn tempat loni?

  • hah

    acu mu panggil dia…dgn valume yg berbeza…kalau dia bg respon…pendengaran dia oklah tu. Betul aku sero dia lambat sket…sebabnya dia x bergaul dgn budak sebaya.

    waa pasni duk apartment pulok…bagusla pindah2…cari suasana lain pulok. Selamat hari raya..hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: