order ISBN satu!!

Hari ini aku telah berjaya membeli nombor ISBN untuk kawan.  Namanya cik azizi, dia sudah setel PhD thesis; katanya kesemua 5 orang penilai sudah meluluskan thesis beliau.  Alhamdulillah dan tahniah. 

Tapi sekarang azizi dah kembali ke Malaysia, maka dia suruh aku belikan nombor ISBN untuk thesis nya.  Mula-mula aku pergi ke Heidelberglaan 8, aku tanyakan pasal nombor ISBN.  Katanya memang betul, tapi dia nak maklumat pasal azizi dan juga muka depan thesis tersebut.  Aku pun email lah cik azizi.  Minta maklumat tersebut.

Kemudian, aku pergi sekali lagi.. ada lagi rupanya maklumat dia nak.  Kali ini pakcik kerani garang pulak yang tanya; thesis tu berjahit ke, bergam ke, atau binding aja.  Kemudian lagi ada ilustrasi tak dan bahasa thesis itu ditulis serta tarikh thesis nak di terbitkan.  Apa lagi gelabah lah aku sebab memang aku tak tahu pun satu perkara, terutama sebab tajuk cik azizi adalah pasal komputer! Bila pakcik tu tanya aku kategori thesis tuh.. Adeyhh.. blur2..terus aku tepon cik azizi.

kata cik azizi; “Ingatkan senang je beli nombor ISBN.. macam order kopi kat kedai.  Mamak.. nak nombor ISBN satu!”

Anyway, kali ketiga aku pergi berjaya gak beli.. itupun aku tak tahu kategori mana nak letak thesisnya (dah kategori yang ditunjuk semua dalam bahasa belanda!!).. kemudian mesti bayar guna pin (no cash atau kad kredit) dan tunggu email konfem dalam masa seminggu..

hisyyy geram sungguh dgn keyboard nih.. pesal tak kuar hurufff???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: