KITA sendiri kena hepi ikut cara kita sendiri..

Masa aku meeting tempohari dengan SV, co-Sv dan tutor, aku bagitahu aku buat sesetengah benda sebab co-Sv nak gitu, sv nak gini dan tutor kata plak gitu.. belum masuk nutritionist, vet yang aku jumpa.. maka aku terus pening.  Tergelak-gelak mereka bertiga dengan aku yg sgt lurus bendul ini..

Kata sv aku, dalam research nih, tak ada apa yang boleh puaskan hati semua pihak.  Jadi baik puaskan hati sendiri dan buat ikut apa kita mahu termasuk apa kita mahu tulis.  Tentulah ikut guidelines tapi yang pasti setiap ayat, di mana sahaja kita letakkannya pasti bersebab.  Oleh itu, beritahu kenapa dan sangkal setiap keraguan dengan bukti2 yang baik.  Sama juga masa nak bina model, nak buat ape pun boleh.. asalkan ada sebab kukuh.. nak assume macam2 pon boleh asalkan berteras dan reference nya jelas.

Sama juga dengan setiap apa yang telah aku lalui dalam meneruskan pengajian di sini.  Cuba buatkan hati hepi.  Ikut kata Kak Ra pula; tak apa rumah kecil, jauh dan tak ada siapa boleh datang. Jangan berkecil hati sebab kita dah patut bersyukur pun ada rumah.  Berapa kali sgt family jauh nk dtg? berapa kali sgt kawan nk tumpang rumah.  Bagi yang tak faham, biar sahaja.. kita2 aja yang tahu kesukaran kita di sini.  Dan kita tahu tanggungjawab kita di sini.. Belajar sampai habis…  itulah hepi yang paling best!

Dan bagi aku, semua pun ada kesukaran masing-masing cuma yang paling penting adalah belajar menanganinya dengan cara mengutamakan yang paling penting.  Bagi aku suami nombor 1, anak nombor 2, stadi ke 3.  Bagi suami, tanggungjawab aku belajar no 1, dia dan anak no 2 sebab katanya, duit ini adalah duit pembayar cukai, duit yang boleh diberi pada org miskin untuk makan kalau bukan utk biasiswa aku… jadi suami aku lebih selesa menjaga anak sendiri dan cuba tak membebankan aku dengan perkara2 lain yang bukan pasal belajar. Bahkan tak pernah bersungut mahukan itu ini dari duit biasiswa.  Itu cara dia gembirakan hatinya di rumah.. Asalkan kami bersama itu sudah memadai..

Aku pula? Bila terpaksa selalunya hanya berserah pada Allah.  Marah2 pun kadang2 jadikan stress.  Adakala usaha banyak, pun tak akan jadi.. tapi tak apa, usaha lagi.. Cari2 rumah susah, ambil apa aja yang didepan mata, pindah ke wageningen terus. Apa pun orang kata, tak apa.  Biar hati sendiri yang gembira..

Aku berdoa moga Allah lancarkan perjalanan ini sebaik-baiknya.. Ameen…

Itu sudah cukup untuk aku hepi 😉

4 thoughts on “KITA sendiri kena hepi ikut cara kita sendiri..

  1. Sabar banyak2 Kak Yani ye.. Kami sentiasa doakan Kak Yani sekeluarga hepi & semuanya berjalan lancar di sana. Dugaan memang maha hebat, tapi kami tau Kak Yani kuat semangat! Mesti boleh!! ; )

  2. Kak mi; Thankssss
    Ayu; TQVM.. Doa2 korang teman seperkapalan le yg buatkn perjuangan ni smooth.. harap2 ayu pon sama.. kdg2 stress, tp ingt org lain pun stress gak. Tahan laa.. Ayu, kak yani pon doa Ayu dapat teruskan semua ni cecepat… xcecepat pon xpe, enjoy jd bini, bila dh smbg blajaq nanti sibuk smpi xdek ms nk masak (dan makan).. hihihi
    DikNa: TRUE.. Insha Allah(bak kata Maher zain). You too, take care.. I’m praying 4 ur happiness too.

Leave a reply to Ayu Cancel reply