Takdir

Kenapa aku tulis begitu?

Semasa aku nak datang ke Utrecht Uni buat master, aku diberitahu UPM tak mahu sokong kalau aku ke Utrecht.  Bahkan TNC mahu aku ke Wageningen Uni. Tapi aku berkeras juga mahu datang sebab itu shj pilihan aku ada.  Maka, UPM benarkan aku datang, dan mahu aku sambung PhD.

Walaupun rasa perit kejap bila jauh 6 bln ngan family, aku berjaya juga buat master.  Kemudian, terus berjaya meyakinkan UPM untuk sambung scholarship. Alhamdulillah, sebab dekan dan KJ yang supportive. Betul, tanpa mereka dan wpun aku marah2 mereka, tapi mereka jugalah yang sokong.  (Belum masuk bab belut lah).

Tapi apapun, nak dijadikan cerita, Utrecht Uni menggaji supervisor aku untuk ajar satu topik animal health economics.  Tapi Supervisor aku nih group besarnya (Business economics group) di Wageningen.  Maka, apabila diberitahu Henk naik pangkat jd prof di Wageningen, aku terus terfikir.. tak kisah di mana aku smbg belajar. Kepakarannya tetap dari Wageningen.  Malah, segala kepakaran yg aku terima adalh dari Wageningen.  Cuma aku je yang bukan graduan Wageningen.

Dan bila aku diberi meja, kerusi, boleh print etc, dan full supervision, dan diterima seolah-olah geng PhD baru.. Rasa macam pelikkan? Sebab kalu di Malaysia, adakah mcm ini? Smbg uni lain, kerja di uni lain..

hmm pelik tapi benar.

Lawak di siang hari: Petang semalam, seorg pakcik telah meminta gambar aku utk letak dlm presentation dia.  Ingat kan pakcik manalah, kurus2 slekeh. Rupanya pakcik nih dlm ranking top Dutch economist, dia duk no 16.  Aku ni kemainlah hantar email tulis cikai2, ingatkan sape.  Sekali google nama dia Prof. Alfons Oude Lansink.. adeyhsss.. memalukan!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: