Orang tamak selalu rugi. Betul ke?

Entry ini bukan nak menyinggung mana-mana pihak, tapi sebenarnya adalah apa yang aku tengah bermain dalam benak fikiran aku sejak 2-3 bulan ini.

Apakah masalahnya?

Aku nak buang implanon tahun depan, 5 bulan sebelum tu efficacynya sudah kurang. Jadi aku berkemungkinan akan termengandung. Mengandung bukan masalah, tapi sebolehnya aku nak cuba elak sebab aku TAKUT tak mampu nak galas dua tanggungjawab: Belajar dan menjadi ibu kali ke-2. 

Rasanya banyak pendapat dari kawan-kawan yang baik dan kurang enak. Tapi aku sebagai empunya badan sahaja yang tahu beban yang digalas nanti. Kalau aku boleh transfer kejap baby kat perut ayahnya kan best. Dalam masa yang sama, hati meronta-ronta nak ada baby lagi. Tapi dalam masa yang sama, aku takut dengan first trimester. Takut kerja sangkut, takut analysis tak jalan dan takut kedatang ke ofis tak memuaskan.

Sebab akhirnya, aku takut akan lambat habis pengajian ini. Satu anak buat masa sekarang mungkin sudah cukup untuk mengisi hidup kami. Yang kedua, mungkin lain kali. Tapi mana tahu Allah nak beri.. aku kena terima, tapi secara bijaksana.

Ya Allah, kuatkan hatiku. Tabahkan hati hambamu ini. Aku tak mahu jadi seperti anjing dengan bayang-bayang…

Advertisements

8 responses to “Orang tamak selalu rugi. Betul ke?

  • hamizah

    ramai jg kawan2 yg study pregnant kat cni..tp mungkin sbb demo xperlu gi kelas & lab kot..tpok jah la..kalu ter nak wat camno..hehehe..xtend ah..

  • faza

    akak istikharah la dulu..kalau hati berat ke arah nak baby, ikut dan selebihnya serah pada Dia.. faza mungkin tak de pengalaman handle anak sendiri lagi tp rasanya faham dengan kesibukan dengan research nih..smoga yg baik2 aje utk akak sekeluarga

  • Farina

    Kak Yani, do whatever you feel the best for you. Tak perlu ikut cakap orang since kita yang tahu beban ape yang kita nak galas nanti. Saya nih memang dah tak larat nak menjawab bila orang tanya, tapi saya tahu kemampuan diri saya. So, kesimpulannya, ukur baju di badan sendiri. Kalau orang tak paham, lantak pi hanglah 🙂

    • Riani&Ridzuan

      Ya Farina. Hati ini mmg jeles sgt dgn ko sbb mengandg skang. Tambah2 lagi ramai lagi yg gtu juga.. Tapi tak tahu bila masa yg sesuai. Harap2 bila masa tu tiba, Allah mudahkan semuanya.. Same goes for you. Jgn stres2. Insyaallah baby ok, nati tak lama lg sure baby tendang2.

  • hah

    slm yani. Minta petunjuk dariNya yanie…dan buat atas kemampuan kita. Jangan ikut cara orang yang tamak…takut kita jua yang rugi. Sesungguhnya Allah swt takkan berikan ujian tu kepada kita kalau ianya sia-sia dan takkan turunkan ujian tersebut jika kita tak mampu menghadapinya. Wink2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: