Sebiji limau di pagi raya

Jam 6 pagi.

Masih terlalu awal untuk bangun, tapi bingit telinga mendengar tangisan ‘Ain. Terasa kemarahan yang membahang. Tapi nasib suami bangun. Aku masih separuh jaga, tapi rasanya takkan lena lagi.

Aku buka mata dalam kedinginan musim sejuk, mata berkelip memandang siling yang kegelapan. Baru sedar hari ini Aidil adha. Alhamdulillah.

Bangun dari tidur, aku mula berfikir apakah baju raya yang sesuai? Mata meneliti dalam almari baju. Sehelai baju sejuk, t-shirt labuh dan jeans. Cukup untuk mengatasi kesejukan musim ini. Tiada baju kurung kali ini, lagi.

Suami sudah sedia di meja makan, 3 mangkuk cornflakes dan susu. Sarapan kami di aidil adha. Kemudian air dimasak, dan caramel thee ku kacau. Lantas aku berfikir, apa yang kurang di pagi raya? Owh, suara takbir. Suara gema takbir, memuji nama ilahi.

Jam 8.30 pagi, kami berkayuh ke dewan masyarakat untuk solat sunat raya. Jaraknya hanya 1km dari rumah. Kegembiraan untuk merayakan aidil adha semakin terasa. Semua muslimin dan muslimat di bumi Wage berkumpul di sini, tak kira dari mana asal, bangsa apa hatta bahasa apa. Masing-masing datang demi kecintaan pada Ilahi.

Malah terasa kerdil diri ini, dengan segala kesusahan hidup di bumi orang, masing-masing penuh rasa syukur dan tawadduk menjadi hamba Allah. Masing-masing berusaha menjadi hamba Allah yang taat. Benar, bila di negara sendiri, semuanya senang. Surau di sana-sini, agama di ajar sedari dari kecil, tapi apakah yang terkurang dalam kamus kerohanian kita?

Khutbah di beri tanpa agenda politik atau tersmbunyi. Hanya menyeru agar menjadi hamba Allah yang taat. Benar-benar suci dan murni niatnya.

Selesai solat, tiada makanan di jamu.

Hanya sebakul limau diletakkan di depan pintu.

Ya Allah, dalam kesempitan begini, masih ada hambaMu yang begitu pemurah. Moga rezekinya dimurahkan, moga iman kami diperkuatkan. Ameen.. Ameen..

Advertisements

4 responses to “Sebiji limau di pagi raya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: