Kenapa kita menulis blog?

Kalau anda membaca post ini, sila nyatakan kenapa anda menulis blog?

Sebenarnya, aku mula menulis diari sejak aku darjah 6. Aku masih simpan koleksi diari aku dari darjah 6 sampai habis matrikulasi. Diari mesti dibalut dengan cantik, penuh dengan gambar2 pakwe dan juga lirik2 lagu. Diari masa tingkatan 5 paling mantap, siap ada kunci lagi!! Diari masa matrik dah penuh ngan keseriusan, pasal belajar jer. Tapi masa student vet, rasanya tak banyak aku tulis. Sebab blog dah wujud.

Kenapa tulis blog?

 Aku menulis blog sejak 2005. Waktu itu aku telah merantau ke UK. Maka aku tulis sikit2 pasal perjalanan ke UK. Kemudian aku tak menulis lama, sehingga aku habis belajar pun aku masih tak menulis banyak. Bila difikir balik, aku rasa menyesal tak menulis pasal kerja pertama aku di Bonton sebab masa tu pun penuh dengan kes menarik. Bahkan aku menyesal tak tulis pasal kehidupan semasa menjadi pelajar veterinar.

Apabila aku mula kerja di Arachem, aku menulis sikit2. Kemudian, lepas kahwin aku mula menulis tentang proses mengandung. Kemudian pengalaman masa beranak dan seterusnya tentang kehidupan. Bagi sesetengah orang, inilah blog yang penuh dengan ketaksuban diri sendiri. Bagi aku, terpulang pada sesiapa sahaja untuk menamakan jenis apa blog itu. Kerana, hidup sendiri sudah penuh dengan keunikan. Apalagi inspirasi yang jauh2 nk dicari.

Mungkin bagi mereka yang berkata

“Ahh banyak lah blog yang asyik tulis pasal mereka.. apa merek a buat. Tak bagi inspirasi langsung!”

Heheh.. kalu gitu, cari blog lain yer. Blog aku memang takkan memenuhi inspirasi korang, sebab objektif blog ni memang bukan untuk beri inspirasi pada orang! Blog ni memang dedikasi untuk anak ku.

Advertisements

9 thoughts on “Kenapa kita menulis blog?

  1. I haven’t read your blog before until today..I really hope u do not feel offended or anything like that..that was an open discussion , purely educational, not directed to anyone or anybody…

  2. hmmm..okay..tp sy rasa mungkin ade orang yg xnak berkongsi kisah hidup,sbb byk perkara sedih, atau takut mengaibkan darah daging sendiri,atau menjatuhkan air muka org lain..maybe sbb tu mereka nak cari inspirasi ,harapan,semangat utk teruskan hidup..wallahu a’lam

  3. kita buat blog, sukati kita la nk tulis pape,as long as x melanggar etika + tatasusila sbg muslim+org melayu..so continue writing..juz ignore sesape yg suka mengomen itu..x nk baca xpyh la baca…

    • Heheh.. gitule, objektif nak tulis terpulang, dn nak baca pun terpulang.. jangan duk tulis bukan2 udahle yer.. Heheh will be writing sampai mati/kiamat.. and will be reading your thoughts too.. serunuk dgr kisah cikgu dn ank muridnyer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s