Salam maal Hijrah 1432. Meraikannya dengan doa, harapan dan secawan sup tomato!

Alhamdulillah. Nampaknya masih bernafas di bumi Allah tahun ini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan, rezeki melimpah ruah pada kami sekeluarga. Tadi dah baca doa akhir tahun dan awal tahun, nasib baik ada internet. Jadi taklah mengagau nak cari doa sebab ramai dah share link.

Tahun baru ni aku tak ada azam banyak sangat, sebab semua dah di tulis masa hari lahir aku. Aku rasa berterusan azam tersebut sampai hari lahir seterusnya, Insyaallah.

Kami ucapkan selamat tahun baru 1432 hijrah pada semua muslimin dan muslimat dimana jua anda berada. Kami tak meraikannya besar-besaran, cukup dengan menikmati sup tomato di musim dingin ni. Alhamdulillah.. nikmat sungguh!

Aku share cara-cara buatnya. Enjoy!

AKu rebus sebatang carrot, 2 batang saderi, sedikit brokoli, 2 biji tomato dan tomatoo puree (500g), kiub ayam dan tambah air (agak2 semua tenggelam). Rebus sehingga empuk

Kemudian, gunakan pengisar ini dan kisar dalam periuk tadi. Dulu2 aku tak berani nak buat gtu tapi lepas aku tengok member aku kat groningen buat, heheh maka aku pun buat skali. AKsi itu sungguh ganas, jadi takdek gambar diambil

Lepas dah kisar semua sampai halus mulus, aku letakkan spagetti yang aku potong pendek2 sebab vermicelli dah habis. PAstu aku tambah daun basil, black pepper, gula dan garam. Reneh sampai spagetti/vermicelli masak.  Hidang ikut suka hati!


Advertisements

2 responses to “Salam maal Hijrah 1432. Meraikannya dengan doa, harapan dan secawan sup tomato!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: