Terima kasih sebab menunggu!: Homemade pizza story!

Tiada yang lebih bermakna dari meraikan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 tahun ini. Aku tak ada acara yang canggih2 macam di Malaysia. Balik dari pejabat, basikal rosak tengah jalan. Menapaklah aku 15 minit dalam kebekuan sehingga sampai ke rumah.

Sampai di rumah, aku dah berkira-kira mahu menyelesaikan latihan untuk praktikal yang aku perlu bantu esok. Nasib baik jawapan dah ada, dan aku pernah cuba latihan itu masa Msc dulu. Jadi aku cuba latihan tersebut dalam excel dan dalam @Risk.

Jam 7 malam lepas tengok rancangan Dr Phil, aku terus menuju ke dapur. Hari ini aku terfikir nak masak sesuatu yang special. Tapi special la sangat kan, memandangkan tiada perancangan canggih semacam aku buat kek ‘Ain. Aku intai kabinet ternampak tepung buat pizza. Terus aku masukkan susu dan tepung dalam breadmaker. Tambahkan garam, gula, dan sesudu shortening. Kali ni aku tak gunakan butter atau mentega. Tunggulah 1 jam 30 minit untuk dough siap.

Intai2 nak cari tomato puree dalam tin, alamak dah habis! Tak jadi nak buat hawaiian pizza. Hmm terjumpa pulak tin sardin. Jadilah yer. Sardin aku letak dalam periuk, perah limau sket. Lepas tuh masukkan hirisan bawang merah dan goreng dalam olive oil. Cari-cari dalam peti ais terjumpa olive dah siap hiris.Kemudian ada champiogne (cendawan). Bolehlaaa…

Dough siap jugak, aku rasa nak buat pizza kecik je. Kemudian aku letak sardin, tabur olive dan mozarella cheese. Lepas tu tabur champiogne. Beres, 15 minit tunggu.

Ting!

Kata hubby,”Nasib baik sedap.”

Tak sia-sia menunggu dinner special malam ini. Special sempena hari ulangtahun perkahwinan kita ke-4.

p/s: gnilah di perantauan, tak ada dinner mane2 !

OK.. OK.. ada gambar besar sket..


8 responses to “Terima kasih sebab menunggu!: Homemade pizza story!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: