Yakin & penuh dengan senyuman: Selamat datang 2011

Alhamdulillah.

Masih bernafas pada hari ini dan menghirup udara segar. Selepas bercuti selama seminggu dan untuk lagi 4 hari, aku cuba menilai tentang diri, keluarga dan kerjaya. Walaupun bercuti di Spain memenatkan tapi apabila melihat perkara selain dari kerja menyebabkan aku berfikir tentang diri.

Kemudian, pada hari2 terakhir percutian, aku telah membeli majalah di airport. Ini terus mengingatkan aku pada diri aku yang dulu. Seorang yang suka membaca majalah, buku dan seumpamanya. Lantas, bila membaca majalah tersebut aku menghampiri semula diri aku.Bila begini, aku terus mengingatkan diri bahwa aku akan terus menjadi seadanya aku. Mencuba mencari kegembiraan pada diri aku.

Hari2 terakhir 2011 ini aku akhiri dengan menenangkan fikiran, muhasabah diri, merancang untuk masa akan datang dan menilai apakah yang masih kurang dalam kerjaya. Buat masa ini menghabiskan PhD adalah paling utama, tapi keluarga juga sama pentingnya. Jadi aku telah membuat perjanjian pada diri sendiri, kedua-duanya sama di dahulukan. Oleh itu, masa yang terbahagi akan sama antara keduanya. Sebab masa berlalu tak akan berulang lagi. Anak tak mungkin akan kecil kembali, dan suami perlu disayangi sama seperti permulaan ikatan dimulakan.

Kemudian aku mulakan 2011 dengan lebih bertenaga, yakin dan percaya akan kebolehan diri. Dengan bantuan supervisor dan rakan2, insyaallah semua dapat diharungi dengan baik.

Doa aku untuk kali ini agar semuanya dipermudahkan. Buat aku, teman2 dan sesiapa jua yang membaca coretan ini.

Selamat datang 2011, dengan yakin dan penuh senyuman!

p/s: Diagnosed myself with imposter syndrome. In 2011, I wanted to get rid of that syndrome.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: