Makna cuti Tahun Baru

Pagi buta lagi aku bangun dengan harapan nak brshopping lagi. Semalam dah round Utrecht, kali ini nak ke Rotterdam pulak. Tapi hubby cakap:

“Bukak ke kedai hari ni?”

“Aah ek.. lupa pulak. Hari ini cuti tahun baru.” Kata aku. Takut pulak kedai tutup.

Semalam, train dan bas hanya sampai jam 8 malam sebab tahun baru punya pasal. Kedai di Utrecht ditutup tepat jam 5 petang. Walaupun sale di sana-sini, hari lain ada. Maka para pembeli semua, datang lain hari ye..

Terus hajat nak keluar aku lupakan. Maka bermulalah agenda baru hari cuti. Mengemas rumah! Semalam aku dah start sikit2, hari ini rasa dah segar balik. Kemudian, mulalah menampal segala mak nenek resit2 masa cuti dalam scrap book sambil menonton The Sorcerer’s apprentice. Lambat kan aku, almaklum download free. Kenalah tunggu lama2 sket baru leh tengok.

Jadi begitulah kisah hari cuti. Maksud cuti yang benar2 cuti. Duduk dalam rumah dan melihat hujan turun rintik-rintik.

Aku banyak baca azam tahun baru orang lain. Aku pun tulislah sikit2 dalam post sebelum nih. Bila difikirkan semula, apa kata kita mulakan tahun baru untuk menjadi pengguna bijak. Maksud aku, jangan guna plastik untuk membeli-belah, gunakan elektrik dan air dengan bijaksana dan mungkin lebih agresif menyuarakan keinginan kita agar sistem pengangkutan awam lebih baik. Mungkin kita dapat kurangkan penggunaan kereta dan minyak pada masa akan datang (Boleh guna duit untuk shopping..). Mungkin boleh berazam untuk makan di rumah, bawa bekal ke pejabat dengan lebih kerap dan menjaga pemakanan. Tapi apa yang aku turut baca adalah, kadang2 ada sesetengah perkara kita memang tak boleh nak berazam, contohnya tak mau shopping banyak2. Sori ek, awal tahun tak dilayan. heheh..

p/s; Shopping Mall, here I come!!

 

Advertisements

2 responses to “Makna cuti Tahun Baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: