Áin’s progress (3 years 2 months of age)

Berita baik untuk Áin minggu ini adalah sekolah yang sesuai untuk Áin sudah aku temui. Thanks to the doctor yang rajin nak carikan sekolah sesuai untuk Áin. Yang bagusnya, sekolah tu dalam 5 minit je dari rumah aku dan mereka cakap boleh terima Áin untuk seberapa banyak hari yang diperlukan oleh Áin. Almaklum, nak stimulate communication perlukan masa. Lagipun mulai akhir tahun ini, Áin dah wajib ke sekolah. Jadi diaorang nak make sure Áin ready untuk peringkat seterusnya.

Oleh sebab Áin wajib ke sekolah akhir tahun ini, dan tak boleh pakai pampers, maka aku dan hubby (dipaksa) memulakan agenda toilet training. Thanks pada semua yg jawab persoalan aku dalam facebook pasal toilet training. Kami nak buat yang tiap 2 jam tuh tapi maybe weekend nih baru serius sket. Weekdays memasing sibuk keje. Memula aku beli yang tempat duduk atas toilet tuh. Áin tak suka sbb tinggi dn tak comfy. Lepas tu, kami gunakan potty yg  rendah dan letak dalam bilik air. Aku ambik nasihat Kak Nina, katanya tak penting kencing ke tak janji dia duduk atas tu. So untuk 3 hari pertama, aku cakap kencing sini (dalam potty). So, Áin main duduk2 atas tu macam main kereta gerak2. Kemudian semalam hubby cakap, tetiba lepas 10 minit main atas potty Áin kencing. Aku tanya hubby, ada sorak tak. Dia cakap tak.. hmmm, aku suh hubby sorak lain kali kalu Áin kencing dalam potty. Jadi aku semangat nih hari nih nak mulakan misi tak nak pakai pampers dan ke toilet every 1 hour, ikut nasihat Sha.

Dari segi communication, Áin dah boleh bagitahu apa nama gambar dengan betul. Megenal nombor 1-9 dalam bahasa english dan dutch, mengenal huruf a sampai z yang dalam buku dan atas keyboard, kenal huruf alif ba ta jugak. Kemudian dua tiga hari nih dah start panggil komen, komen (jom) kat ayah dia. Skang kalu nk ajar perkataan atau mende baru kekadang aku record dalam handset dan kasi Áin tengok. Kejap je lepas tu dia terus tahu kalu tanya balik. Buat masa skang aku duk blajar simpe dutch ngan opis mate in case Áin nak cakap bahasa dutch ngan aku. Kata opis mate sorang lagi, nanti aku plak akan belajar ngan Áin cakap dutch. Kenalah ready kan..

Paling best aku rasa bila ayah dia ajar Áin buang kulit pisang, kulit oren dalam tong sampah. Bagus, bijak sungguh anak mama. Bangga sungguh smlm, sebab tak sangka pandai Áin buang sampah. Masa tu duk masak kat dapur tetiba nampak Áin pegi kat tong sampah dan buang kulit pisang. Pastu tutup balik tong sampah. Kemudian lari kat ruang tamu. Dan tak buang sampah bukan makanan dalm tong sampah sisa makanan. Itu yg bangga jap.  

Okes, tengah berdoa cecepat pihak sekolah call. Tak sabar nak antar Áin gi sekolahh…..

p/s: Another great feeling this week for us. Alhamdulillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: