Salah satu beza bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia: Kata ganda berirama/ bersajak

Kebiasaannya bila berjumpa dengan sahabat dari Indonesia, aku boleh faham apa yang mereka perkatakan. Tapi kalau diaorang cakap cepat2 memang aku tak faham langsung. Selain masakan yang agak berbeza, tapi mungkin sama ( Sumatera (Mbak Rina) dan Pontianak, Borneo (Andi tebas)) dengan Malaysia, bahasa yang digunakan juga berbeza.

Salah satunya adalah penggunaan sudu dan senduk yang mana penggunaannya adalah bagi mereka, sudu itu senduk dan senduk itu sudu. Sejuk bagi kita adalah dingin untuk mereka.

Kemudian yang paling menarik dan tak wujud bagi mereka adalah kata kerja berirama/ bersajak. Bagi mereka, itu sungguh melucukan.

contoh:

Persamaan Bunyi di Pangkal Persamaan Bunyi di Hujung Penyesuaian Bunyi Seluruhnya 


batu-batan anak-pinak bolak-batik
beli-belah calar-balar compang-camping
bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik
corat-coret comot-momot gopoh-gapah
degap-degup gotong-royong gunung-ganang
dentam-dentum karut-marut haru-biru
desas-desus kaya-raya huru-hara
gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang
gerak-geri 

 

pindah-randah kacau-bilau 

sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/lamanbm/bingkai.htm

 

Apa yang aku suka tentang orang Indonesia adalah penggunaan bahasa Indonesia dalam kehidupan sehari-hari tak kira mereka itu orang Melayu atau Cina. Masing-masing sungguh fasih berbahasa Indonesia. Jadi tak adalah salah faham sesama-sendiri. Sama juga orang Belanda atau orang tinggal di Belanda, mereka memang gunakan bahasa Belanda dalam pergaulan, sehinggakan mereka tak kisah kalau orang yang tak memahami bahasa mereka turut berada disebelah. Bagi kita itu namanya kurang ajar, tapi bagi mereka, itu bahasa mereka. Kita faham ke tak, bukan masalah mereka.

Memang bagus menguasai bahasa asing, tapi haruslah menyayangi bahasa sendiri. Kuasa besar seperti China pun jawab soalan Obama dalam bahasanya.  Orang Jepun mungkin tak petah berbahasa Inggeris tapi ketekunannya amat dikagumi. Jadi bagi kita yang sudah petah berbahasa Inggeris, majukan minda dan terus sayangi bahasa kita. Jangan bahasa kita luput dari muka bumi ini. Aku bangga tahu dua bahasa, lebih baik dari orang mat salih US, UK dan Australia yang hanya tahu bahasa mereka sahaja!

p/s: Bangga berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: