Worth it! : Masakan kampung @ Wageningen

Sejak awal minggu ni aku terasa sangat excited. Lepas masing2 tulis atas wall pasal masakan masing2 on weekend, Dila message geng wageningen di FB untuk buat potluck hari Jumaat malam. Oleh sebab sejak awal tahun ni ramai pula orang Malaysia ke Wageningen termasuk aku, Dila, Kak Mai n family, Naim n Fatimah, Huda dan yang terbaru Ashraf, maka kami rasa nak get together selalu. Paling penting, disebabkan rumah aku aja yang paling besar, maka kami akan buat makan2 di sini selalu.

Kebiasaan nak makan2 tuan rumah akan masak. Aku dah masak 2 kali sejak sampai sini, masa birthday ‘Ain dan masa lepas submit paper. Nak buat makan memang susah dan memenatkan. Nak2 kalau tetamu 15 orang yang makan banyak. Nak bajet banyak mana makanan tu memang susah. Tapi kali ini yang buatkan aku gembia sebab bila buat potluck, maka beban nak masak menurun. Aku just bakar ikan, buat agar2 telur, telur dadar dan sediakan budu dan homemade sambal tempoyak.

Ingatkan sikit je makanan, tapi bila hidang memang penuh meja. Adakah ini tandanya aku kena beli meja baru??? Hehehehe. Antara menu yang ada :
-Nasi –> Yani & Fatima
-Masak lemak rebung & perut lembu –>Dila
-Ikan bakar cicah budu in daun pisang, daging masak kicap –> Kak Yani
-Tempe goreng belada bilis, Ulam2 & Sambal belacan –> Fatima
-Daging goreng kunyit –> Huda
– Rojak petis and sayur jawa–> Fiza
-Ikan Masin –> Dila & K.Yani
-Telur dadar, sambal tempoyak,Ā  –> K.Yani
-Pencuci mulut –> K.Yani (bubur jagung+durian, Agar2)
-Sirap selasih –> K.Yani
-Air Soya –> Fatima

Masing-masing makan sampai nak pecah perut. Hubby pun cakap, dia makan sebab dah lama tak jumpa lauk sebegitu. Seumpama di Medan Mara, masing2 menikmati saat2 nak ambik makanan. Terasa gembira sungguh.

Last sekali sesi paksa mat saleh makan durian

Sebelum balik, amik group photo. Masing2 dengan perut kembung dan gembira.

Dari kiri belakang: Ashraf, Naim, Ridzuan, ‘Ain (atas riba), Ching, Shahrul, Hani (atas riba), Dila, Iqbal.

Dari kiri depan: Huda, Grace, Ramon, Fiza, Yani, Fatimah

Bagi aku, selepas 2 tahun tinggal di rumah kecik di Utrecht yang jauh dari kawan2, pindah ke Wageningen memang worth it. Selain nak pergi ofis dekat, sekolah ‘Ain pun dekat, jiran dekat, orang Malaysia makin ramai, kami juga senang nak buat perancangan lain. Alhamdulillah, Allah bagi kami senang hati tinggal di sini. Jadi sesiapa nak ke Wageningen, dipersilakan. Anda pasti menambah bahagia kami di sini!

 

p/s: Nantikan edisi Mee @ Wageningen pulak bulan depan.

Advertisements

4 responses to “Worth it! : Masakan kampung @ Wageningen

  • faza

    wah,manyak syiokk eh? bestnya kalau dpt rezeki ke tmpat org.. doakan org ek kak yani..:P

  • Dila

    Kak Yani, memang berbaloi-baloi…insyaAllah kita cuba kekalkan sebulan sekali! Saya memang suka organize makan2 and jumpa2. Kalau nak dtg umah org suka2 je segan pulak kalau takde event…apepun, saya follow blog kak yani jugee šŸ˜‰

    p/s saya ade tag kak yani..kalau rajin buatla ye šŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: