the power of the Freezer ;) Laksa kelate & Laksa penang hasil tangan ore klate.

Bila aku menulis entry ini, aku dah siapkan due jenis kuah laksa; penang dan Kelantan. Aku jemput teman rapat di Gelderland ini untuk meraikan hari lahir ‘Ain. Hanya sekadar 2-3 orang aja. Musim salji weh, tambah2 naik basikal atau naik bas. Sapa nak meredah datang rumah I nih. Lainlah kalau besday musim spring ke, musim panas ke. Ok jugak.

Pada pagi yang indah berseri ini, aku telah menelefon emak aku semata-mata nak resepi laksa penang dan laksa kelantan nya. Alhamdulillah, dah tertulis atas kertas ni ha, jap agi aku nak tepek kat blog ni. Lain kali tak payah nak tanya lagi.

Kalau nak buat masakan malaysia, mende paling susah yang nak cari adalah ikan. Huk huk, ikan salmon dan ikan kod banyak lah di kedai tapi ikan kembung, ikan selar, ikan selayang takdek. Ikan tilapia jugak yang daorg semua makan. Nasib baik diaorang makan ikan sardin, jadi bolehlah merembat bertin-tin ikan sardin kat sini. Takpun, boleh ke kedai ikan (tapi mahal ler). Jadi berjaya jugak mencari ikan sardin dalam minyak soya.Agak2 korang, ikan apa lagi yang leh substitute ikan sardin ni di bumi eropah??

Lepas dah setel ikan, bahan paling penting dalam laksa penang ialah daun kesum dan bunga kantan. Yeszaaa… sejak 6 bulan lepas, bunga kantan dah aku simpan dalam freezer. Sama jugak daun kesum. Sebenarnya, apa2 aja yang susah nak cari dekat sini aku letak dalam freezer. Daun pandan, lengkuas, kunyit, halia. Tapi aku pun freeze kan jugak daun mint. Ni sebab jarang sangat guna, membazir kalau buang.  Yang aku memang tak penah masuk freezer, bawang2 dan daun sup. Kadang2 kalau dah lebih santan, pun aku masukkan dalam freezer. Nak buat cemana, mmg aku ada freezer dan peti ais asing2 (jadi aku ada 2 freezer). Sama jugak kalau ada makanan yang lebih 3 hari, automatik masuk freezer. Bila emergency, boleh bukak freezer, cari apa yang patut..Atau hari malas, konfem bukak freezer.

Besok kena cuba buat laksa dan laksam. Dua-dua guna tepung beras dan kena kukus, tapi bancuhan memang lain. Kata orang, lepas beranak takleh makan laksa tapi boleh makan laksam tapi dua2 pun xleh makan ngan kuah. Ikan=gatal kang.. (motif??)

Resepi kuah laksa kelantan (lemak)

Untuk 1 1/2 kg laksa

  • 1/2kg ikan. Direbus bersama garam dan asam keping. Tadi aku timbang isi ikan sardin yang aku guna 420g.
  • 1 1/2kg santan (ni lah kalau pakai santan kotak tadi aku buat 1500ml). Pahtu aku tambah air dalam 600ml.
  • Bawang merah 5-6 ulas
  • Halia sikit (aku amik dalam 4cm)
  • Lada hitam
  • Asam keping (aku letak 4 keping)
  • garam dan gula secukup rasa

Aturan membuat

  1. Blender ikan, halia dan bawang merah
  2. Masukkan santan dan lain2 bahan, dimasak hingga pekat sedikit.
  3. Perasakan dengan garam dan gula

Kuah Laksa penang

  • 3 tin ikan sardin (kali ni aku malas nak timbang dah, semua sekali ikan tu 9 keping). Kecik2 je ikannye, aku rasa kalau ikan besar nak2 3 ekor je guna.
  • Lada kering (ikut suka, kalau nak pedas, letak banyak). Ni lagi best, aku blender 2 sudu sambal olek ngan bawang besar
  • bawang besar 3 labu
  • belacan
  • bunga kantan
  • daun kesum
  • asam gelugur
  • garam dan gula secukup rasa
  • Air

Aturan memasak

  1. -Blender ikan, bawang besar dan lada, masukkan dalam periuk dan masukkan air.
  2. -Kemudian masukkan bahan2 lain
  3. -Seeloknya dimasak satu malam sebelum dimakan

Dihidang bersama:

Laksa kukus

500g tepung beras campur 900ml air panas akan memberikan laksa yang lembut dan enak.

Mula-mula masukkan tepung beras 500g dalam machine. Pastu masak air dalam kettle, lepas gelegak terus letak dalam machine dan putar hingga sebati. Caution: HOT.

Menggunakan pemutar ini, isikan tepung beras yag telah diputar tadi ke dalam steamer di bawah.

Tutup steamer, dan steam sehingga masak. Boleh dimakan terus lepas masak. Tak perlu merendam dalam air lagi. Tapi kalau rasa laksa keras, rebus dalam air. Memang laksa akan jadi lembut.

Laksam kukus

sukatan adalah 100g tepung beras dicampur 300ml air

Oleskan minyak banyak2 atas loyang

Letakkan loyang dalam kukusan.

Pastika mengacau dulu setiap kali sebelum dituang. Baru tuangkan campuran air dan tepung tadi. Kukus dalam 3-5 minit. Kejap je dah masak kalau loyang digunakan kecil.

Jangan letak banyak sangat nanti jadi tebal pulak. Lepas tu tutup kukusan tu okeh.

 Lepas dah masak, angkat dari kukusan dan biarkan seketika untuk sejuk. Kemudian, seperti kedudukan di bawah, mulalah menggulung laksam menggunakan pisau supaya laksam tak koyak. Dah siap! Entry update 22/4/2011

p/s: entry ditulis lepas aku buat laksa penang sekali lagi hari ini untuk jiran terdekat. Berjaya hasilkan laksa kukus yang lembut!! Yeay..

Update 22/4. Aku berjaya buat laksam kukus lagi!!

p/s; Laksa kukus lebih senang dibuat berbanding laksam. Bagi aku, laksam memerlukan lebih precision dalam sukatan berbanding laksa. Oleh itu, kalau nak jamu orang ramai, baik buat laksa kukus. Laksam sangat leceh, pernah aku buat, satu batch tu langsung tak menjadik. Aku terus kacau batch lain. Jadi membazir sikit la berbanding buat laksa. Dari segi rasa, laksa terasa keras berbanding laksam sangat lembut dan amat sedap. Orang cakap, nak dapat yang sedap memang susah. Kena usaha sikitlah kalau nak! 😉


One response to “the power of the Freezer ;) Laksa kelate & Laksa penang hasil tangan ore klate.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: